Prestasi dan perlaksanaan kawalan kuasa untuk sistem W-CDMA

Ramli, Khairun Nidzam (2004) Prestasi dan perlaksanaan kawalan kuasa untuk sistem W-CDMA. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p KHAIRUN NIDZAM RAMLI.pdf

Download (754kB) | Preview

Abstract

Pa >aran perhubungan bersel telah berkembang secara raendadak pada beberapa tahun kebelakangan ini. Matlamat utama sistem perhubungan bersel ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan perhubungan tanpa perlu memilih masa dan tempat. Teknologi antaramuka udara ' Wideband Code Division Multiple Access' ataupun secara ringkas W-CDMA telah dipilih untuk kebanyakan pengendali perkhidmatan perhubungan bersel di dalam merealisasikan perlaksanaan sistem perhubungan bersel generasi baru ini. Sistem W-CDMA diharapkan sebagai langkah pertama ke arah sistem bersel digit Generasi Ketiga. Salah satu daripada pengurusan sumber-sumber radio W-CDMA yang kritikal ialah kawalan kuasa. Tanpa kehadiran kawalan kuasa, kesan fenomena gangguan hujung-dekat-hujung-jauh menjadi perusa dan muatan sistem bergerak W-CDMA adalah sangat rendah. Takrifan kawalan kuasa yang baik adalah penting untuk sistem W-CDMA berfungsi dengan betul dan membolehkan pengguna-pengguna untuk berkongsi sumber-sumber sistem W-CDMA secara bersama di antara mereka. Tambahan lagi, dengan kawalan kuasa yang betul membolehkan jumlah penghantaran kuasa sistem bergerak dikurangkan kepada tahap minimum supaya tiada kuasa berlebihan yang diperlukan telah disinarkan dan melanjutkan hayat bated. Disertasi ini adalah hasil kajian ke atas prestasi algoritma kawalan kuasa sistem W-CDMA melalui simulasi komputer yang telah dibangunkan. Kesan perubahan beberapa parameter masukan terhadap mutu dan muatan sistem telah dianalisis berdasarkan beberapa andaian. Dua algoritma kawalan kuasa yang berlainan juga dibandingkan untuk menentukan prestasi algoritma yang menghasilkan keputusan yang lebih baik. Keputusan simulasi menunjukkan bahawa kawalan kuasa berupaya mengatasi masalah pemudaran isyarat dan gangguan hujung-dekat-hujung�jauh dengan menghasilkan tahap gangguan yang minimum bagi semua pengguna. Algoritma DSSPC (Dynamic Step Size Power Control) menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding algoritma FSSPC {Fixed Step Size Power Control) berdasarkan kepada keputusan simulasi yang telah dilakukan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK5101-6720 Telecommunication. Including telegraphy, telephone, radio, radar, television
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 08 Sep 2022 02:18
Last Modified: 08 Sep 2022 02:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7657

Actions (login required)

View Item View Item