Penghasilan sistem pemasaran program pendidikan berterusan (e-pemasaran) berasaskan web bagi unit pendidikan berterusan KUITTHO : kajian kebolehgunaan di KUiTTHO

Ramli , Anis Safinaz (2003) Penghasilan sistem pemasaran program pendidikan berterusan (e-pemasaran) berasaskan web bagi unit pendidikan berterusan KUITTHO : kajian kebolehgunaan di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2280Kb

Abstract

Pemasaran elektronik (e-pemasaran) merupakan cara yang paling berkesan untuk mempromosi jenama, servis dan produk. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan Sistem Pemasaran Program Pendidikan Berterusan (e-Pemasaran) Berasaskan Web bagi Unit Pendidikan Berterusan (UPB) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX sebagai platform utama dan Microsoft Access sebagai pangkalan data. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan pengkaji menilainya dari aspek kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kebolehgunaan Sistem e-Pemasaran yang telah dibangunkan dari aspek antaramuka, mesra pengguna, menu yang terdapat dalam sistem dan potensi sistem terhadap pemasaran. Seramai 40 orang responden diambil dari set populasi kajian yang terdiri daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan (publisiti dan promosi) UPB KUiTTHO dan juga pelanggan UPB KUiTTHO. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan juga temubual. Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.0 (SPSS) yang melibatkan skor min dan ujian Mann- Whitney U. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa mesra pengguna, penggunaan menu dan potensi terhadap pemasaran berada di tahap tinggi sementara antaramuka berada di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, kebolehgunaan sistem adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara persepsi pihak pengurusan UPB dan pelanggan UPB terhadap kebolehgunaan sistem. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa sistem boleh digunakan oleh semua pihak dan seterusnya dapat membantu pihak pengurusan UPB dalam mempromosikan program yang ditawarkan. Pengkaji mencadangkan agar Sistem e-Pemasaran ini dapat dimantapkan dari aspek antaramuka dan aspek-aspek lain bagi mengatasi kelemahan sistem yang telah dibangunkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:768
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:07 Apr 2011 16:39
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page