Aplikasi sistem maklumat stok dan inventori makmal JPTV

Mat, Mohd. Zulhasnan (2003) Aplikasi sistem maklumat stok dan inventori makmal JPTV. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p MOHD. ZULHASNAN MAT.pdf

Download (597kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD. ZULHASNAN MAT COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (207kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD. ZULHASNAN MAT WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (23MB) | Request a copy

Abstract

Proses merekod dan mengurus maklumat stok dan inventori di makmal Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional masih menggunakan kaedah manual. Semua rekod berkenaan stok dan inventori disimpan dalam bentuk borang yang disediakan oleh pihak universiti. Kaedah ini didapati kurang cekap, proses mendapatkan semula data mengambil masa dan memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan rekod dan borang. Ia juga menyukarkan untuk mendapatkan dan mengemaskini rekod. Keadaan akan menjadi rumit bilajabatan memesan peralatan dengan banyak. Ini akan mendatangkan ban yak masalah kepada pengurusan makmal di jabatan. Bagi meminimumkan masalah, satu sistem pengurusan maklumat berasaskan komputer dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access 2000. Sistem ini mempunyai pangkalan data peralatan sebagai data utama. Ia dipanggil "Sistem Maklumat Stok Dan Inventori Makmal JPTV". Satu kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan ke atas ketua makrnal danjuruteknik makmal bertujuan untuk menilai tahap kesesuaian sistem. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif untuk mendapatkan skor min dan peratusan. Dapatan anal isis mendapati nilai purata keseluruhan min bagi kesemua aspek melebihi skor min piawai. Ini menunjukkan sistem yang dibangunkan sesuai dan memberi kemudahan kepada pihak pengurusan makmal dalam merekod dan mengurus maklumat stok dan inventori makmal.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TS Manufactures
T Technology > TS Manufactures > TS155-194 Production management. Operations management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 19 Sep 2022 02:02
Last Modified: 19 Sep 2022 02:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7693

Actions (login required)

View Item View Item