Persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru pengajian keusahawanan : satu kajian di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah

Yahya , Noor Faizah (2004) Persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru pengajian keusahawanan : satu kajian di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2404Kb

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada aspek keberkesanan pengajaran guru, iaitu dari segi sikap, kemahiran komunikasi dan kaedah pengajaran guru melalui persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Data melalui soal selidik telah didapati daripada lima puluh orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Pengajian Keusahawanan di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Kedah. Metodologi kajian kedua yang digunakan ialah temubual, iaitu kepada dua orang guru yang berkaitan. Keseluruhan data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk mendapatkan jumlah skor dan korelasi. Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi positif antara sikap, komunikasi dan kaedah pengajaran dengan keberkesanan pengajaran melalui persepsi pelajar. Kesimpulannya, persepsi pelajar merupakan antara elemen penting yang boleh digunakan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran gum.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:770
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:14 Apr 2011 10:49
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page