Sistem rekabentuk corak dan acuan pinggan

Ng, Chuan Huat (2003) Sistem rekabentuk corak dan acuan pinggan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NG CHUAN HUAT.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini mempersembahkan proses rekabentuk dan integrasi an tara pemesinan Computer Numerical Control (CNC) dan Rapid Prototyping (RP) dalam menghasilkan acuan pinggan dan corak perhiasan untuk industri seramik di Malaysia. Penyelidikan dijalankan secara kerjasama antara Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dengan Syarikat Oriental Ceramic Batu Pahat, lohor. Untuk melaksanakan corak perhiasan dan acuan pinggan, Sistem Rekabentuk Corak dan Acuan Pinggan (SRCAP) telah dibangunkan. Sistem itu dibangunkan dengan menggunakan pengaturcara AutoLlSP dan kotak dialog di dalam perisian AutoCAD. Parameter yang terlibat adalah jenis pinggan, kecutan bahan, saiz dan bentuk corak perhiasan. Saiz acuan pinggan adalah merujuk kepada katalog mesin daripada mesin Flatware Making yang terdapat di KUiTTHO. Seterusnya, saiz piawai dan bentuk pinggan adalah merujuk kepada katalog industri seramik. Kemudahan seperti koleksi rekabentuk, kemasukan data, pengongsian data dalam menghasilkan acuan teras melalui acuan rongga pinggan dan juga susunan corak perhiasan secara bujur telah dibangunkan dalam SRCAP. Implementasi dan ujian anal isis juga dilakukan untuk menyelidikjangkamasa rekabentuk, mesra pengguna, kebolehan berintegrasi dan komen pengguna. Perbandingan acuan pinggan antara pemesinan CNC dan RP juga dilakukan untuk mengetahui masa pembuatan acuan pinggan dan kualiti keputusan. Ini telah didapati bahawa dari keputusan menggunakan SRCAP dapat menjimatkan masa rekabentuk antara 93 hingga 100 peratusan. Di samping itu, keputusan yang dihasilkan adalah berkllaliti sarna dengan kaedah manual dan mesra pengguna dapat dibuktikan daripada komen pengguna.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TS Manufactures
T Technology > TS Manufactures > TS200-770 Metal manufactures. Metalworking
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 19 Sep 2022 02:08
Last Modified: 19 Sep 2022 02:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7700

Actions (login required)

View Item View Item