Strategi pemasaran di dalam bidang keusahawanan : satu tinjauan di kalangan pelajar katering, Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor

Syed Hamid , Sharifah Yuhayu (2003) Strategi pemasaran di dalam bidang keusahawanan : satu tinjauan di kalangan pelajar katering, Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1947Kb

Abstract

Strategi pemasaran memainkan peranan yang penting untuk menentukan kejayaan mahupun kegagalan sesebuah pemiagaan. Lantaran itu, satu kajian di jalankan untuk meninjau kecenderungan pelajar dalam menceburi bidang keusahwanan dan meninjau sejauh mana pengetahuan pelajar dalam bidang pemasaran khususnya pengetahuan tentang strategi pemasaran yang merangkumi strategi keluaran, harga, saluran agihan dan promosi. Di dalam merealisasikan kajian ini, seramai 37 orang pelajar tingkatan 5, kursus Katering, Sekolah Menengah Teknik Muar, Johor telah di jadikan sampel kajian. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian yang kemudiannya dianalisis secara deskriptif melalui program SPSS (Statistical Package for Social Sciene) versi 10.0. Daripada kajian yang telah dijalankan, di dapati bahawa setiap pelajar mempunyai kecenderungan serta minat yang tinggi untuk menceburi bidang keusahawanan tetapi mereka masih lagi kurang atau tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam bidang pemasaran khususnya dari aspek strategi pemasaran. Melihat akan permasalahan ini, pengkaji telah menghasilkan satu garis panduan yang berkaitan dengan strategi pemasaran bagi rujukan pelajar mahupun pihak-pihak yang berkaitan. Di akhir bab ini juga pengkaji telah mengemukakan beberapa andaian dan idea agar ianya dapat dijadikan panduan dan rujukan di masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:771
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:14 Apr 2011 10:55
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page