Sumbangan latihan industri terhadap sektor peruncitan

Ayob , Intan Hazlina (2001) Sumbangan latihan industri terhadap sektor peruncitan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1312Kb

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui keberkesanan sumbangan latihan industri terhadap sektor peruncitan. Berdasarkan perkembangan dalam industri agihan khususnya peruncitan, maka jelaslah latihan dan kemahiran amat diperlukan untuk berjaya dalam bidang perniagaan tersebut. Para peruncit tidak boleh lagi memandang ringan terhadap latihan dan kemahiran yang berkaitan dengan perniagaan peruncitan. Begitu juga dengan usaha-usaha pihak tertentu sama ada kerajaan atau pihak swasta, tidak seharusnya berhenti setakat memberi bantuan pinjaman kewangan mahupun setakat memberi latihan sahaja. Usaha perlu dijalankan bagi membangunkan lebih ramai peruncit generasi baru. Sehubungan dengan perkembangan teknologi maklumat, para peruncit perlu didedahkan kepada penggunaan komputer, internet dan perisian penting yang lain berkaitan perniagaannya. Latihan sambil bekerja atau "on-line-jobtraining" adalah penting sebelum seseorang memulakan perniagaan sendiri untuk memastikan keberjayaannya. Berdasarkan keperluan inilah, maka pelajar atau graduan jurusan peruncitan perlu menjalani latihan praktikal di gedung-gedung runcit yang berkaitan dengan jenis perniagaan yang akan diceburinya kelak. Bagi memastikan kejayaan, pihak yang berkenaan perlu memberi peluang kepada bakal peruncit ini dalam menyediakan tempat untuk mereka mencari pengalaman bermiaga dalam bidang yang akan mereka ceburi.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
ID Code:772
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:14 Apr 2011 11:00
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page