Tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik : satu kajian kes Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Abdul Wahab , Norrizah (2001) Tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik : satu kajian kes Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1593Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja di kalangan staf bukan akademik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Kajian ini turut melihat perbezaan kedua-dua pembolehubah bersandar ini mengikut faktor jantina dan kategori jawatan serta perkaitan di antara kepuasan keija dengan kecenderungan bertukar kerja. Kajian kes ini melibatkan 105 orang responden iaitu 100 % daripada sampel yang terdiri daripada staf beijawatan juruteknik, pembantu makmal dan pegawai pentadbiran. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan analisis data dilakukan dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for the Social Science). Analisis keseluruhan sampel menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja dan kecenderungan bertukar kerja berada pada tahap sederhana. Dari segi kepuasan kerja bertukar kerja mengikut jantina dan jawatan, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara jantina dan jawatan. Manakala bagi kecenderungan bertukar keija mengikut jantina dan jawatan hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara jantina dan jawatan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang rendah di antara kepuasan kerja dengan kecenderungan bertukar kerja. Ini menunjukkan bahawa kepuasan kerja bukan menjadi faktor yang utama untuk kecenderungan seseorang bertukar kerja.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
ID Code:773
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:14 Apr 2011 11:09
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page