Aplikasi android pembelajaran abjad Bahasa Jepun (JingoCat Apps)

Hamzah, Norhasyimah and Mohd Rosli, Nor Farah Emilia and Rubani, Siti Nur Kamariah and Ariffin, Arihasnida and Zakaria, Normah (2022) Aplikasi android pembelajaran abjad Bahasa Jepun (JingoCat Apps). Innovative Teaching and Learning Journal. pp. 52-60. ISSN 2600-8572

[img] Text
J14611_979a0b31faa0a6b5148a5d4c5f5f4670.pdf
Restricted to Registered users only

Download (423kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa asing menjadi salah satu bahasa yang perlu dipelajari oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pelajar yang mempelajari Bahasa Jepun sebagai satu kursus bahasa ketiga mempunyai masalah menguasai perbendaharaan kata (leksikal), struktur bahasa serta tatabahasa. Faktor masalah ini berlaku adalah disebabkan, perbendaharan kata (leksikal) yang asing bagi pelajar, menyebabkan sukar untuk dihafal dan diaplikasi dalam latihan sama ada latihan komunikasi atau latihan untuk membuat ayat (Noor Aizah Abas, 2009). Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu aplikasi android pembelajaran abjad bahasa jepun aras satu dan dua kepada pelajar UTHM khususnya dan umumnya boleh digunakan kepada mana-mana pengguna yang berminat. Aplikasi ini merupakan pembelajaran awal dalam mempelajari abjad Jepun di samping memudahkan pelajar untuk menguasai huruf Hiragana dan Katakana melalui aplikasi pembelajaran mudah alih berasaskan multimedia. Aplikasi android pembelajaran abjad jepun tahap 1 dan 2 (JingoCat Apps) mempunyai tiga menu utama iaitu Learn, Game dan Review di mana setiap menu mengandungi pembelajaran yang berbeza kandungan. Reka bentuk maklumat adalah berdasarkan Teori Kognitif, Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme. Model reka bentuk produk adalah berdasarkan Model Hannafin dan Peck (1988) terdiri daripada fasa Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan dan Pengulangan dan Penilaian. Oleh itu, semua fasa akan mengandungi proses penilaian dan menyemak semula setiap fasa. Reka bentuk yang terlibat dalam pembangunan aplikasi JingoCat adalah informasi, interaksi dan antara muka. Metodologi kajian melibatkan temubual berstruktur untuk menilai kebolehfungsian aplikasi android yang dibangunkan. Penilaian terhadap pakar yang terdiri daripada empat orang pakar iaitu dua orang pakar dalam bidang Multimedia Kreatif dan dua orang pakar dalam bahasa asing (Bahasa Jepun). Hasil dapatan menunjukkan, keseluruhan pakar bersetuju bahawa reka bentuk informasi, interaksi dan antara muka memenuhi keperluan dan bersesuaian. Kesimpulannya, aplikasi pembelajaran abjad Jepun JingoCat menjadi satu Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dan mudah digunakan oleh semua pihak yang memerlukan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Aplikasi android; Bahasa jepun; Bahasa asing; Pembelajaran mudah alih.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 12 Oct 2022 01:37
Last Modified: 12 Oct 2022 01:37
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7780

Actions (login required)

View Item View Item