Pembangunan bahan pembelajaran alternatif mata pelajaran baik pulih komputer di kalangan pelajar kursus sijil teknologi komputer, Politeknik Seberang Perai

Azis , Haslan (2003) Pembangunan bahan pembelajaran alternatif mata pelajaran baik pulih komputer di kalangan pelajar kursus sijil teknologi komputer, Politeknik Seberang Perai. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1184Kb

Abstract

Kajian bertajuk" Pembangunan Bahan Pembelajaran AItematifMata Pelajaran Baik Pulih Komputer Di Kalangan Pelajar Kursus Sijil Teknologi Komputer, Politeknik Seberang Perai" ini bertujuan dijalankan bagi mengenal pasti kebolehgunaan perisian pengajaran berbantu komputer sebagai salah satu medium alat bantu mengajar. Bahan pembelajaran berbantu komputer berbentuk CD-ROM interaktif 'Maintanance for Your Personal Computer' (MyPC) telah dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas tempat kajian, pelajar hinggalah kepada proses pengujian pakar dan lapangan perisian . Proses pengujian pakar dijalankan kepada dua orang pensyarah Politeknik dan empat kakitangan syarikat komputer manakala kajian lapangan dijalankan kepada seramai 40 orang pelajar kursus Sijil Teknologi Komputer, Politeknik Seberang Perai semester tiga Sesi 2002/2003. Maklumbalas yang diperolehi menerusi borang soal selidik dianaIisa dalam bentuk statistik peratusan, skor min dan sisihan piawai menggunakan peri sian Statistical Package For Social Science (SPSS Versi 10.0) bagi menentukan tahap pengaruh perisian dalam mambantu pelajar memahami proses selenggaraan komputer, motivasi dan aspek mesra pengguna perisian yang dihasilkan. Hasil dapatan kajian mendapati perisian MyPC ini memenuhi kriteria-kriteria di atas dan dicadangkan proses mengenal pasti keberkesanan pengajaran berbantu komputer beteraskan CD-ROM interak1if dijalankan pada masa-masa akan datang.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
ID Code:779
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:07 Apr 2011 14:19
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page