Peminggiran sosial dalam kalangan warga emas: Intervensi ke arah penuaan sihat

Ibrahim, Nabisah and Ahmad, Noor Azizah (2022) Peminggiran sosial dalam kalangan warga emas: Intervensi ke arah penuaan sihat. In: Penyisihan Sosial Kumpulan Marginal. UUM Press, UUM, pp. 44-70.

[img]
Preview
Text
3.pdf

Download (113kB) | Preview

Abstract

Penuaan penduduk merupakan fenomena yang berlaku di seluruh negara. Pada tahun 2009, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan Malaysia akan mengalami penuaan penduduk menjelang tahun 2030 (Dasar Warga Emas, 2011). Penuaan penduduk ini akan berlaku apabila warga emasnya, iaitu penduduk yang berumur 60 tahun ke atas, melebihi 15 peratus (5.6 juta) daripada jumlah keseluruhan populasi. Jangkaan ini dibuat berdasarkan jumlah warga emas di Malaysia yang didapati meningkat kepada 10.3 peratus (2.23 juta) pada tahun 2019 berbanding 10 peratus (2.14 juta) pada tahun 2018 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan jumlah penduduk warga emas di Malaysia. Antaranya; (i) peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan makanan dan kesihatan, (ii) kemajuan dan kemodenan bidang perubatan, dan (iii) pertambahan kemudahan dan fasiliti penjagaan warga emas. Faktor-faktor ini telah memanjangkan jangka hayat penduduk di Malaysia dan secara tidak langsung meningkatkan jumlah warga emas di negara ini (Dasar Warga Emas Negara, 2011). Walaupun peningkatan jangka hayat ini mencerminkan kemodenan dan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara membangun, namun turut menyumbang kepada berlakunya isu peminggiran sosial dalam kalangan warga emas. Bab ini membincangkan isu peminggiran sosial dan menerangkan bentuk-bentuk intervensi yang boleh dilakukan bagi mengawal dan mengatasinya.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Others Institution
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 12 Oct 2022 01:51
Last Modified: 12 Oct 2022 01:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7790

Actions (login required)

View Item View Item