Kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif field independent (FI) dan field dependent (FD)

Hasan, Haris Fadillah (2007) Kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif field independent (FI) dan field dependent (FD). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p HARIS FADILLAH HASAN.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
HARIS FADILLAH HASAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (363kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HARIS FADILLAH HASAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (58MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini ialah tentang kesan penggunaan perisian multimedia di kalangan pelajar telaiikal yang berbeza gaya kognitif Field Independent (FI) dan Field Dependent (FD). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan prestasi pencapaian pelajar di antara kumpulan pelajar kumpulan kawalan dengan kumpulan pelajar yang kumpulan rawatan di politeknik serta mengenal pasti perbezaan prestasi pencapaian pelajar di kalangan pelajar yang berbeza gaya kognitif FI dan FD. Sampel kajian adalah pelajar semester 1 kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Melimau dan Politeknik Johor Bahru. Seramai 80 orang responden telah dipilih secara rawak. Perisian multimedia yang digunakan ialah bertajuk Sistem Elektronik dan melibatkan topik Litar Pengayun Gelombang Sinus. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen rekabentuk kumpulan rawak ujian pra - pasca. Kajian ini menggunakan reka bentuk faktorial 2x 2 (gaya kognitif x kumpulan pelajar). Instrumen kajian ini adalah terdiri daripada set soalan Group Figures Embedded Test (GEFT), set soalan ujian pra - pasca, perisian multimedia animasi grafik Sistem elektronik,borang soal selidik dan temubual berstruktur. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for The Social Science Version 13.0 (SPSS v 13.0) yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan ujian - t sampel bebas dan korelasi Pearson. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat kekerapan, min dan peratus manakala statistik inferensi adalah untuk menguji hipotesis�hipotesis pada aras signifikan 0.05. Markah ujian pra dan pasca dibandingkan untuk mendapatkan skor peningkatan ujian pencapaian pembelajaran pelajar. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam (i) peningkatan pencapaian pembelajaran pelajar antara kumpulan rawatan dan kawalan, (ii) pencapaian pelajar FI adalah lebih baik di dalam kumpulan rawatan, adalah signifikan, (iii) pelajar FD dalam kumpulan rawatan lebih baik berbanding kumpulan kawalan, adalah signifikan. Walau bagaimanapun, terdapat korelasi positif (r = 0.303) yang Iemah di antara gaya kognitif FI dan FD dan peningkatan pencapaian pelajar. Nilai skor min keseluruhan bagi elemen perisian multimedia adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.09. Kesimpulannya, pelajar FI dan FD dapat meningkatkan prestasi pencapaian pembelajaran menerusi penggunaan perisian multimedia animasi grafik melalui elemen rekabentuk antaramuka, rekabentuk interaksi, membantu mempelajari topik, motivasi dan kemudahan dalam penggunaanya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 12 Oct 2022 02:20
Last Modified: 12 Oct 2022 02:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7809

Actions (login required)

View Item View Item