Jaswadi, Ngatinah (2003) Menyediakan buku panduan keselamatan di makmal teknologi perpaipan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
|
Text
24p NGATINAH JASWADI.pdf Download (759kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
NGATINAH JASWADI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (332kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
NGATINAH JASWADI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (24MB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu pihak pengurusan Makmal Teknologi Perpaipan (MTP) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO) meningkatkan tahap keselamatan dengan menghasilkan Buku Panduan Keselamatan serta mengenalpasti faktor-faktor yang perlu diambil perhatian untuk mengatasi beberapa masalah yang ada. Sampel kajian terdiri daripada 34 pelajar yang merupakan pelajar yang sedang dan pernah mengikuti program Kemahiran Kerja Paip di KUiTTHO serta masing�masing seorang pensyarah dan juruteknik yang bertugas di MTP KUiTTHO. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soalselidik yang mengandungi 16 item dan temuramah beserta produk kajian iaitu Buku Panduan Keselamatan bagi MTP. Maklumat diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.0 dan diukur dengan kaedah peratusan serta skor min. Hasil kajian mendapati purata responden berpuashati dengan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan dan peraturan yang diamalkan. Dengan penghasilan Buku Panduan Keselamatan juga ia diyakini mampu memberi nafas baru dalam pengurusan yang lebih efektif. Adalah diharapkan agar hasil kajian ini akan menjadi rujukan kepada penyelidik lain bagi meneruskan kajian lanjutan dengan lebih terperinci berkaitan amalan keselamatan di makmal.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ163.26-163.5 Energy conservation |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 12 Oct 2022 02:20 |
Last Modified: | 12 Oct 2022 02:20 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7810 |
Actions (login required)
View Item |