Model ramalan permintaan perumahan mengikut kategori rumah di negeri Johor

Alias, Ahmad Rizal (2017) Model ramalan permintaan perumahan mengikut kategori rumah di negeri Johor. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p AHMAD RIZAL ALIAS.pdf

Download (31MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
AHMAD RIZAL ALIAS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AHMAD RIZAL ALIAS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (187MB) | Request a copy

Abstract

Perumahan merupakan salah satu sektor terpenting dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan negara. Dianggarkan populasi penduduk di negeri Johor akan terns meningkat sehingga 4 juta orang pada tahun 2020. Oleh kerana itu, perumahan yang mencukupi perlu disediakan dengan sebaiknya bagi memastikan setiap segmen masyarakat mampu memiliki rumah. Matlamat kajian adalah untuk membangunkan model ramalan permintaan perumahan mengikut 4 kategori rumah di negeri Johor iaitu rumah kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana dan kos tinggi. Kaj ian ini memberi tumpuan di negeri Johor kerana ia dikenalpasti antara negeri yang mencatatkan bilangan kediaman siap tidak terjual paling banyak dalam negara berbanding negeri-negeri lain. Kajian ini menggunakan Data Banci dan Penduduk yang telah diubahsuai bagi menentukan kadar ketua keluarga menggunakan kaedah Kadar Ketua lsi Rumah berdasarkan pembentukan isi rumah. Soal selidik telah dilakukan ke atas 420 responden untuk mencari kadar pemilihan penduduk (C.P) dan mengetahui kebarangkalian pemilihan kategori rumah menggunakan model Regresi Multinomial Logistik. Kaedah Pelicinan Exponen Berganda pula digunakan untuk meramal populasi 14 kumpulan umur sehingga tahun 2020 menggunakan data "Quick Population Info" dari Jabatan Perangkaan Malaysia dan seterusnya digunakan untuk menentukan jumlah permintaan perumahan di negeri Johor. Keputusan menunjukkan bahawa perumahan kos tinggi menjadi pilihan penduduk di mana 35% daripada responden memilih untuk membeli rumah kos tinggi berbanding kategori rumah yang lain. Model ramalan disahkan menggunakan Peratusan Ralat Min Mutlak (MAPE) di antara data sebenar dan data ramalan. Keputusan pengesahan menunjukkan nilai MAPE adalah 23.2%. Oleh itu, model ramalan yang dihasilkan dapat digunakan bagi meramal permintaan perumahan di negeri Johor. 1-Iasil kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak berkenaan dalam mengimbangi penyediaan kategori rumah supaya selaras dengan penawaran dan permintaan perumahan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Building and Construction Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:18
Last Modified: 17 Oct 2022 06:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7864

Actions (login required)

View Item View Item