Pencirian pelindungan laga tiub silinder fungsi gentian semula jadi/epoksi bergred menggunakan emparan mendatar

Zainal Abidin, Mohamad Rusydi (2017) Pencirian pelindungan laga tiub silinder fungsi gentian semula jadi/epoksi bergred menggunakan emparan mendatar. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHAMAD RUSYDI ZAINAL ABIDIN.pdf

Download (54MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHAMAD RUSYDI ZAINAL ABIDIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHAMAD RUSYDI ZAINAL ABIDIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (308MB) | Request a copy

Abstract

Dalam kajian ini, tiub silinder komposit fungsi gentian semula jadi/epoksi bergred (FGSJ/EB) dihasilkan melalui kaedah empar mendatar untuk diaplikasikan pada pelindungan laga. Gentian sabut kelapa (SK), tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dan sabut buah sawit (SBS) digunakan dalam kajian ini. Objektif kajian tertumpu kepada menentukan sifat mekanikal dan serapan tenaga komposit FGSJ/EB. Komposit tersebut diperbuat menggunakan kaedah campuran emparan-gentian seragam (CEGS) dan campuran emparan-gentian bergred (CEGB). Dalam kaedah CEGS, campuran gentian semula jadi/epoksi dimasukkan serentak ke dalam acuan sebelum diputarkan pada halaju malar selama 4 jam. Hasilnya, zarah gentian semula jadi dalam cairan epoksi bergerak secara jejarian semasa acuan berputar. Sebaliknya, melalui kaedah CEGB, cecair epoksi dimasukkan terlebih dahulu ke dalam acuan, diikuti dengan gentian semula jadi secara berurutan. Kaedah ini menghasilkan taburan gentian semula jadi yang berbeza di sepanjang jejarian dan ketinggian spesimen. Ujian kekerasan, ketumpatan dan mampatan dijalankan untuk menentukan sifat mekanikal komposit tersebut. Seterusnya, serapan tenaga tentu komposit FGSJ/EB ditentukan melalui ujian pembebanan separa-statik dan dinamik. Komposit FGSJ/EB yang dihasilkan melalui kaedah CEGB bersifat lembut, kurang tumpat dan fleksibel berbanding kaedah CEGS. Perilaku kegagalan menunjukkan komposit FGSJ/EB kaedah CEGB membentuk kegagalan progresif, manakala komposit FGSJ/EB kaedah CEGS menghasilkan kegagalan bencana apabila dikenakan beban ke atasnya. Ujian pembebanan separa-statik yang dijalankan menunjukkan tiub silinder komposit FGSJ/EB diperkuat dengan gentian SK menggunakan kaedah CEGB mencatatkan serapan tenaga tentu tertinggi iaitu 6.1 kJ/kg, 11 kali ganda lebih tinggi berbanding spesimen tanpa gentian. Meskipun serapan tenaga tentu pembebanan dinamik komposit FGSJ/EB tersebut hanyalah 0.6 kJ/kg, namun ianya berpotensi untuk digunakan sebagai penyerap tenaga dalam pelindungan laga.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Divisions: Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Manufacturing Engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:18
Last Modified: 17 Oct 2022 06:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7868

Actions (login required)

View Item View Item