Amalan keselamatan dalam makmal dan bengkel elektrik di Politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN): satu tinjauan

A. Rahman, Khairunnisa (2008) Amalan keselamatan dalam makmal dan bengkel elektrik di Politeknik dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN): satu tinjauan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p KHAIRUNNISA A. RAHMAN.pdf

Download (894kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
KHAIRUNNISA A. RAHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (437kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
KHAIRUNNISA A. RAHMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB) | Request a copy

Abstract

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memperuntukkan jumlah wang yang besar bagi setiap tahun menerusi Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) untuk menganjurkan Program Pembangunan Profesionalisme (PPP) kepada staf akademik untuk meningkatkan profesionalisme. Namun demikian,tidak semua program latihan yang dianjurkan dapat menarik minat staf akademik. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan format program latihan yang paling diminati oleh staf akademik dalam PPP di UTHM. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel kajian adalah terdiri daripada 176 staf akademik yang sedang berkhidmat. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan rawak berkumpulan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data dianalisis dengan terperinci berdasarkan kaedah analisis deskriptif dan inferensi iaitu menggunakan Ujian-T Tidak Bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Kemahiran Pengajaran dan pendekatan berbentuk Format Bengkel adalah yang paling diminati oleh staf akademik di UTHM. Di samping itu, dapatan kajian ini juga mendapati bahawa tidak ada perbezaan statistik yang signifikan staf akademik berdasarkan jantina dan bidang pengajaran dari aspek jenis dan format program latihan yang paling diminati. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa minat staf akademik terhadap semua jenis dan format program latihan dalam PPP adalah pada tahap sederhana dan tinggi. Oleh itu, hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat khususnya kepada PDP di UTHM.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:21
Last Modified: 17 Oct 2022 06:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7889

Actions (login required)

View Item View Item