Penghasilan prosedur arahan keselamatan bengkel kayu bagi Pelajar Kejuruteraan KUiTTHO

Abu, Talib (2003) Penghasilan prosedur arahan keselamatan bengkel kayu bagi Pelajar Kejuruteraan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p TALIB ABU.pdf

Download (645kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
TALIB ABU COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (260kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
TALIB ABU WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (62MB) | Request a copy

Abstract

Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjalankan amali dalam bengkel Kayu. Ini disebabkan pelajar perlu menggunakan mesin dan peralatan tangan semasa melaksanakan keija amali tersebut. Penggunaan mesin dan peralatan ini menimbulkan risiko yang tinggi terhadap berlakunya kemalangan atau kecelakaan kepada pelajar. Salah satu cara dalam mempertingkatkan kesedaran dan keselamatan di kalangan pelajar adalah dengan mewujudkan satu prosedur arahan bercetak. Tujuan utama kajian ini ialah menghasilkan satu prosedur arahan keselamatan yang menjadi bahan rujukan dan panduan bagi pelajar. Prosedur arahan ini mengandungi langkah keselamatan dan pencegahan serta panduan pertolongan cemas bersesuaian dengan keperluan keselamatan bengkel kayu. Justifikasi pembangunan produk (Prosedur Arahan Keselamatan Bengkel Kayu) adalah berasaskan tinjauan terhadap amalan, persepsi dan pengetahuan pelajar. Penilaian terhadap produk telah dilakukan dengan melihat persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan produk dan pengetahuan pelajar tentang keselamatan di dalam bengkel kayu. Sampel kajian bagi tinjauan awalan dan penilaian produk terdiri daripada 60 orang pelajar Kejuruteraan Awam (Perkayuan), KUiTTHO yang terdiri daripada pelajar Ijazah dan Diploma dari tahun satu hingga tahun lima. Dapatan kajian awalan menunjukkan responden berpendapat bahawa amalan keselamatan di bengkel kayu adalah pada tahap yang baik. Responden juga berpendapat bahawa prosedur arahan perlu diwujudkan dan pengetahuan mereka tentang keselamatan adalah memuaskan. Penilaian terhadap produk menunjukkan bahawa produk mempunyai ciri-ciri yang memuaskan. Kesimpulannya, terdapat keperluan bagi produk yang dibangunkan bagi memantapkan amalan keselamatan sedia ada, didapati produk boleh diterima pakai sebagai panduan pelajar di bengkel kayu dan dicadangkan untuk dihasilkan dalam bentuk interaktif.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Oct 2022 06:26
Last Modified: 17 Oct 2022 06:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7926

Actions (login required)

View Item View Item