Pembangunan kit rimba berorientasikan Elemen Sekolah Rimba Malaysia bagi peningkatan kompetensi sains Murid Orang Asli

Abdul Wahab, Nur Bahiyah (2015) Pembangunan kit rimba berorientasikan Elemen Sekolah Rimba Malaysia bagi peningkatan kompetensi sains Murid Orang Asli. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1485Kb

Abstract

Kompetensi murid Orang Asli di Malaysia masih berada pada tahap yang membimbangkan dan ini menunjukkan murid Orang Asli memerlukan pendekatan p&p yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan penerapan elemen Sekolah Rimba Malaysia (eSRM) yang terhadap kompetensi sains murid Orang Asli. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif (mix method) dan reka bentuk kuasi eksperimental yang melibatkan 33 orang murid bagi kumpulan rawatan dan 30 orang murid kumpulan kawalan. Analisis dokumen, temubual pakar dan analisis kebolehpercayaan Fleiss Kappa dijalankan untuk membentuk Indikator Kompetensi Sains Murid Orang Asli dan membangunkan eSRM. Ujian Kognitif bagi pengukuran pengetahuan sains, Inventori Kemahiran bagi pengukuran kemahiran sains dan soal selidik bagi pengukuran sikap sains telah diagihkan untuk melihat kesan penerapan eSRM terhadap murid Orang Asli. Hasil dapatan kajian bagi kriteria-kriteria dalam Indikator Kompetensi Sains murid Orang Asli dan eSRM yang dikenalpasti telah menunjukkan tahap persetujuan yang sangat baik. Keputusan hasil dapatan kajian juga menunjukkan hasil analisis skor bagi tahap persetujuaan kebolehgunaan Kit RIMBA adalah 94.67% yang juga menunjukkan tahap persetujuan kebolehgunaan modul yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengetahuan sains, kemahiran sains dan sikap sains sebelum dan selepas penerapan eSRM dalam kumpulan rawatan dan di antara kumpulan rawatan dan kawalan. Hasil triangulasi serentak juga mendapati dapatan data kuantitatif adalah selari dengan data kualitatif yang menunjukkan eSRM menerusi Kit RIMBA berkesan dalam meningkatkan kompetensi sains murid Orang Asli.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:8047
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:30 May 2016 15:13
Last Modified:30 May 2016 15:13

Repository Staff Only: item control page