Tahap keselamatan kediaman perumahan flat di taman cendana : satu kajian

Ali, Azita and Abd Halim, Nor Hayatie and Idris, Mohd Safiee and Isa, Khairunesa and Sulong, Muhammad Suhaimi and Warman, Sarebah and Esa, Ahmad (2015) Tahap keselamatan kediaman perumahan flat di taman cendana : satu kajian. In: MEMACU TRANSFORMASI PEMBANGUNAN MASYARAKAT MENERUSI PEMANTAPAN KELESTRARIAN INSAN : ASPIRASI DAN CABARAN PADA MASA DEPAN. Penerbit UTHM, THE ROYAL BINTANG RESORT AND SPA, SEREMBAN, MALAYSIA, pp. 1-14. ISBN 978967076447

[img]
Preview
PDF
1391Kb

Abstract

Keselamatan di kawasan kediaman merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk. Pemaju perumahan perlu menitikberatkan keselesaan penduduk dari segi kualiti pembinaan bangunan, keselesaan reka bentuk dan persekitaran. Aspek-aspek ini harus diambil kira supaya pembangunan kos rendah akan lebih berkesan dan efisien. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap keselamatan dalam aspek keselamatan individu, keselamatan harta benda dan keselamatan struktur bangunan dalam kalangan penduduk perumahan flat di Taman Cendana. Data kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi 20.0. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil respons dan menjawab persoalan kajian. Seramai 113 responden yang terdiri daripada penduduk Taman Cendana Pasir Gudang Johor dipilih secara rawak. Data diperoleh daripada soal selidik. Secara keseluruhan berdasarkan analisis skor min tahap keselamatan individu, tahap keselamatan harta benda dan tahap keselamatan struktur bangunan adalah rendah. Menurut hierarki keperluan Maslow, faktor keselamatan amat penting terhadap keselesaan penduduk. Kesimpulannya, tahap keselamatan dalam aspek individu, keselamatan harta benda dan keselamatan sruktur bangunan amatlah penting dalam memastikan keselesaan penduduk di perumahan flat. Diharapkan dengan kajian ini, pihak yang terlibat dapat mengkaji semula reka bentuk perumahan flat dan meningkatkan cirri-ciri keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang riak diingini.

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:keselamatan individu; keselamatan harta benda; keselamatanan struktur bangunan
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH9025-9092 Protection of buildings
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
ID Code:8073
Deposited By:Prof. Madya Dr Ahmad Bin Esa
Deposited On:31 May 2016 16:04
Last Modified:31 May 2016 16:04

Repository Staff Only: item control page