Penghasilan dan penilaian modul pengajaran kendiri pengenalan kepada perakaunan : satu kajian kes di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

Shamsuri , Nurul Hayati (2002) Penghasilan dan penilaian modul pengajaran kendiri pengenalan kepada perakaunan : satu kajian kes di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1080Kb

Abstract

Kajian ini cuba memperkenalkan penggunaan modul pengajaran kendiri (MPK) sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam pengajaran mata pelajaran Pengenalan Kepada Perakaunan. Fokus kajian ini ialah untuk mengenalpasti sikap pelajar terhadap kaedah pengajaran bennodul dan melihat sama ada terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan eksperimen iaitu pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran bennodul dan kumpulan kawalan iaitu pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran tradisional. Responden terdiri daripada 60 orang pelajar Diploma Akauntansi Semester Satu Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Dapatan data diperolehi melalui pengedaran soal selidik dan menjalankan ujian formatif ke atas pelajar. Keputusan kajian dibuat berdasarkan hasil peratusan, min dan markah pelajar. Hasil kajian menunjukkan, sikap pelajar terhadap penggunaan modul pengajaran kendiri (MPK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat positif.Di dapati, pelajar kumpulan eksperimen memperlihatkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian fonnatifyang dijalankan. Sementara pelajar kumpulan kawalan pula, memperlihatkan pencapaian yang kurang memuaskan. Dengan ini dapat dirumuskan, bahan modul pengajaran kendiri (MPK) berpotensi di ketengahkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran perakaunan. Semoga dengan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pensyarah Perakaunan dan pelajar Diploma Akauntansi di politeknik-politeknik di seluruh Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
ID Code:809
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:07 Apr 2011 14:45
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page