Penggunaan kaca buangan sebagai agregat halus dalam turapan asfalt

Mohd Yunus, Khairul Nizam (2004) Penggunaan kaca buangan sebagai agregat halus dalam turapan asfalt. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p KHAIRUL NIZAM MOHD YUNUS.pdf

Download (921kB) | Preview

Abstract

Agregat merupakan juzuk utama dalam reka bentuk campuran asfalt atau hot mix asphalt (HMA). Permintaan yang tinggi terhadap agregat semulajadi boleh menyebabkan kekurangannya. Ini boleh menyebabkan masalah yang besar terhadap pembinaan jalan raya. Terdapat pelbagai cadangan bagi menyelesaikan masalah ini. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaca buangan sebagai agregat halus. Kaca buangan merupakan bahan yang 100% boleh dikitar semula. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai kesesuaian kaca sebagai agregat halus di dalam campuran berasfalt. Dalam kajian ini, campuran jenis ACW20 (Asphaltic Concrete Wearing course) disediakan. Ujian makmal yang dilaksanakan adalah ujian Marshall dan ujian Modulus Kekenyalan. Campuran tanpa kaca juga dibuat sebagai perbandingan. Ujian Marshall dilaksanakan bagi mendapatkan kandungan bitumen optimum dan kandungan kaca maksimum, manakala ujian Modulus Kekenyalan dilaksanakan untuk menentukan kesan beban terhadap campuran ACW20 berkaca. Hasil kajian menunjukkan bahawa kandungan kaca maksimum yang boleh digunakan sebagai agregat halus dalam turapan asfalt ialah 19%.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > TE250-278.8 Pavements and paved roads
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 17 Jan 2023 03:35
Last Modified: 17 Jan 2023 03:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8134

Actions (login required)

View Item View Item