Pembangunan sistem penempahan berkomputer untuk studio pendidikan KUiTTHO

Saw, Chun Lin (2002) Pembangunan sistem penempahan berkomputer untuk studio pendidikan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
Text
24p SAW CHUN LIN.pdf

Download (685kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SAW CHUN LIN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (281kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SAW CHUN LIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (18MB) | Request a copy

Abstract

Sistem penempahan berkomputer untuk studio pendidikan merupakan satu perisian untuk kegunaan pensyarah KUiTTHO. Ia digunakan untuk menempah studio pendidikan bagi melaksanakan persembahan pelajar, seminar, kuliah dan sebagainya. Tujuan dibangunkan sistem penempahan ini adalah untuk memperbaiki sistem penempahan studio pendidikan dengan lebih cekap dan efisien. Perisian yang dibangunkan merupakan rekabentuk awal untuk menggantikan sistem manual menempah studio ke arah sistem pengkomputeran. Sistem ini dibangunkan menggunakan Visual Basic 6.0 sebagai perantaraanmuka. Perantaraanmuka ini berfungsi untuk menghubungkan pengguna dengan satu pangkalan data. Dengan itu, pengguna dapat berinteraksi dengan mudah serta mudah difahami melalui program yang dibangunkan. Data-data seperti Nama dan Nombor Pekeija Pensyarah, Jadual Tempahan, Kalendar dan Paparan Tempahan dikumpulkan pada satu pangkalan data. Pangkalan data ini berfungsi sebagai satu storan data yang menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan jadual tempahan. Storan data pula dibangunkan menggunakan Microsoft Access 2000 sebagai pangkalan data. Daripada analisis data yang diperolehi, purata min keseluruhan aspek teknikal ialah 2.71, aspek grafik ialah 3.08, aspek keperluan pengguna ialah 3.25 dan aspek penilaian umum ialah 3.27. Nilai purata min keseluruhan keempat - empat aspek yang diperolehi menunjukkan sistem yang dibangunkan adalah baik dan berkesan. Oleh kerana, aspek teknikal mempunyai purata min keseluruhan terendah. Maka, pembaikan dari segi sistem keselamatan dilakukan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 07 Feb 2023 03:26
Last Modified: 07 Feb 2023 03:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8172

Actions (login required)

View Item View Item