Gaya pengurusan konflik : hubungannya dengan faktor jantina, kursus diambil semasa ijazah pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Ibrahim , Aziyati (2006) Gaya pengurusan konflik : hubungannya dengan faktor jantina, kursus diambil semasa ijazah pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1212Kb

Abstract

Gaya pengurusan konflik yang berkesan di kalangan pelajar amatlah penting kerana gaya pengurusan konflik yang tidak sesuai dengan situasi konflik akan terbawabawa hingga ke alam pekerjaan dan ini akan menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja. Kajian lalu menunjukkan bahawa jantina, personaliti dan pengalaman lalu seseorang mempengaruhi gaya pengurusan mereka. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor jantina, kursus semasa Ijazah Pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan telah digunakan dengan 200 orang pelajar Sarjana PTV di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn daripada semester satu, dua dan tiga yang dipilih secara rawak. Satu set soal selidik gaya pengurusan konflik adaptasi daripada Thomas Kilmann Conflict Mode Instrument (T-KCMI) dan soal selidik personaliti adaptasi Myers Briggs Type Indicator (MBTI) telah digunakan bagi mendapat data gaya pengurusan konflik dan personaliti. Data dianalisis dengan menggunakan frekuensi, min dan ujian Khi Kuasa dua. Secara amnya hasil kajian menunjukkan bahawa semua gaya pengurusan konflik digunakan oleh pelajar dalam menguruskan konflik. Dapatan pertama menunjukkan tidak terdapat perbezaan taburan gaya pengurusan konflik antara pelajar lelaki dan perempuan (p=0.O52). Dapatan kedua menunjukkan tidak terdapat perbezaan taburan gaya pengurusan konflik antara pelajar berlainan kursus Ijazah Pertama dalam menguruskan konflik (p=0.69). Akhir sekali, dapatan menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik dengan jenis personaliti responden (p=0.01). Kesimpulannya, pelajar Sarjana PTV mengamalkan semua gaya pengurusan konflik dan jenis personaliti menentukan pemilihan gaya pengurusan konflik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
ID Code:818
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:06 Apr 2011 09:20
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page