Kaedah pengurusan pengetahuan di kalangan pensyarah politeknik

Ab Halim , Fazlinda (2006) Kaedah pengurusan pengetahuan di kalangan pensyarah politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1248Kb

Abstract

Masyarakat pada hari ini telah berubah dari zaman kerahsiaan (secrecy age) kepada zaman maklumat yang melimpah ruah. Justeru, terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan dengan maklumat ini. Salah satunya ialah pada masa kini masalah yang berlaku bukan hanya berkisar kepada bagaimana untuk mendapatkan maklumat tetapi bagaimana untuk menguruskan maklumat tersebut. Cabaran besar kepada organisasi ialah cara untuk memproses pengetahuan, mengenalpasti apa yang penting dan yang tidak serta penggunaan maklumat dengan cara yang paling kreatif. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana pengurusan pengetahuan diamalkan oleh pensyarah politeknik. Kajian ini juga cuba mengenalpasti samada terdapat hubungan di antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja serta persekitaran kerja pensyarah. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 131 orang pensyarah dari empat buah politeknik di utara Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden. Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 11.0 digunakan dalam mengira min dan menganalisis hubungan menerusi Ujian Korelasi Spearman . Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah-pensyarah dari keempat-empat politeknik mengamaikan kaedah pengurusan pengetahuan yang baik berdasarkan nilai min keseluruhan yang diperolehi adalah tinggi iaitu 3.96. Di samping itu dapatan kajian juga menyatakan wujudnya hubungan yang signifikan di antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan prestasi kerja pensyarah di mana nilai r = 0.567. Hubungan yang signifikan juga wujud di antara kaedah pengurusan pengetahuan dengan persekitaran pensyarah dan mempunyai nilai r = 0.493.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD61 Risk Management
ID Code:820
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:06 Apr 2011 09:26
Last Modified:29 Apr 2011 14:41

Repository Staff Only: item control page