Persepsi guru terhadap perlaksanaan program pendidikan pelancongan dalam menjana minda pelajar ke arah "think tourism"

Wan Taha , Wan Noor Hanum (2007) Persepsi guru terhadap perlaksanaan program pendidikan pelancongan dalam menjana minda pelajar ke arah "think tourism". Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1622Kb

Abstract

Program Pendidikan Pelancongan merupakan satu bentuk pelancongan yang diterapkan di dalam sistem pendidikan bersepadu. Ia lebih menjurus kepada aktiviti pelancongan yang mempunyai unsur-unsur pendidikan menerusi Kelab Pelancongan Sekolah. Program Pendidikan Pelancongan ini memberi pendedahan awal tentang industri pelancongan dari segi kerjaya, peluang, komponen-komponen pelancongan dan ianya dapat menjana daya pemiktran pelajar ke arah industri pelancongan melalui beberapa aspek. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah perlaksanaan Program Pendidikan Pelancongan menerusi Kelab Pelancongan dalam menjana minda pelajar ke arah "Think Tourism ". Pengkaji ingin mengetahui sejauh manakah kesediaan guru dalam meiaksanakan aktiviti Kelab Pelancongan Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah sokongan pihak pengurusan dalam meiaksanakan Program Pendidikan Pelancongan dalam menjana minda pelajar ke arah "Tliink Tourism ". Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang guru pembimbing Kelab Pelancongan di sekolah sekitar negeri Selangor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik. Keseluruhan data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 11.5 dengan mendapatkan nilai peratusan dan jumlah skor min. Dapatan kajian mendapati bahawa peranan Kelab Pelancongan dalam menjana minda pelajar ke arah "Think Tourism " berada pada tahap yang tinggi. Ini adalah berdasarkan kepada min purata iaitu 4.32. Kesediaan guru dalam meiaksanakan Program Pendidikan Pelancongan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai purata skor min 3.90. Manakala dari segi sokongan pihak pengurusan dalam meiaksanakan Program Pendidikan Pelancongan di sekolah pula, nilai min yang diperolehi ialah 3.31. Nilai ini berada pada tahap sederhana.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:826
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:06 Apr 2011 10:10
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page