Kemahiran menvisualisasi ruang dalam kalangan pelajar pendidikan khas (cacat pendengaran) politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Basarahim , Bazlina (2008) Kemahiran menvisualisasi ruang dalam kalangan pelajar pendidikan khas (cacat pendengaran) politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
1649Kb

Abstract

Kemahiran menvisualisasi ruang merupakan kemahiran yang diperlukan bagi menjamin kecemerlangan dalam bidang pendidikan teknikal. Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap kemahiran ini, namun tiada literatur yang ditemui yang memberikan data empirikal mengenainya yang melibatkan pelajar teknikal pendidikan khas. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran menvisualisasi ruang dalam kalangan pelajar teknikal pendidikan khas cacat pendengaran serta hubungan antara kemahiran ini dengan pencapaian akademik pelajar. Seratus tiga puluh lima pelajar teknikal cacat pendengaran dan 135 orang pelajar teknikal normal daripada tiga buah politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) telah dipilih sebagai sampel kajian. Dua alat mengumpul data telah digunakan iaitu soal-selidik untuk mengumpul data demografi dan Purdue Spatial Visualization Ability Test untuk mengukur kemahiran menvisualisasi ruang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran menvisualisasi ruang pelajar teknikal cacat pendengaran adalah pada tahap sangat rendah; lebih rendah daripada pelajar normal teknikal. Dapatan juga menunjukkan tiada terdapat hubungan antara kemahiran menvisualisasi ruang dengan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, pelajar teknikal cacat pendengaran mempunyai tahap kemahiran menvisualisasi ruang yang sangat rendah dan kemahiran menvisualisasi ruang tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
ID Code:839
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:07 Apr 2011 09:16
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page