Kompetensi jurulatih XYZ

Ismail, Fadillah and Markom, Nasir (2016) Kompetensi jurulatih XYZ. In: Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-11 (PERKEM) 2016, 27-28 July 2016, Dewan Persidangan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) & Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor.

[img]
Preview
PDF
251Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi dalam kalangan jurulatih Program Latihan XYZ. Kerangka kajian ini menggunakan Model Kompetensi Untuk Jurulatih oleh Barbazette (2005). Data diperolehi menggunakan soal selidik sebagai sumber data utama dan responden kajian terdiri daripada pelatih XYZ. Hasil kajian berdasarkan 28 kompetensi pengetahuan, kemahiran, dan sikap (KSA); 11 item kompetensi berada pada tahap tinggi, dan 17 item pada tahap sederhana. Dalam 20 kompetensi emosi dan spiritual (ESC); 5 item berada pada tahap tinggi, dan 15 item lagi pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan kompetensi ESC sangat penting dan perlu diberikan perhatian oleh jurulatih XYZ selari dengan kompetensi KSA. Dapatan kajian ini memperkukuhkan teori Barbazette (2005) dengan memasukkan elemen-elemen baru kompetensi yang ditemui dalam kajian iaitu aspek 1) emosi dan spiritual (kerohanian). Implikasinya, jurulatih XYZ perlu memainkan peranan pelbagai kompetensi untuk menghasilkan keberkesanan program latihan berimpak tinggi. Kompetensi ini boleh menjadi asas dan kriteria penting dalam proses membuat pemilihan dan pelantikan jurulatih XYZ secara profesional pada masa depan. Secara tidak langsung, kajian ini dapat memperkukuhkan body of knowledge dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan sumber manusia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Kompetensi; jurulatih
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Faculty of Technology Management and Business > Department of Production and Operation
ID Code:8395
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:09 May 2017 15:34
Last Modified:09 May 2017 15:34

Repository Staff Only: item control page