Pendidikan teknik dan vokasional di kalangan masyarakat orang asli

Ahmad Sapawi , Arman (2007) Pendidikan teknik dan vokasional di kalangan masyarakat orang asli. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2036Kb

Abstract

Masyarakat Orang Asli adalah golongan unik yang mempunyai pelbagai fahaman dan cara hidup yang berbeza-beza berbanding masyarakat lain di Malaysia. Penguasaan di dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) akan dapat membantu mereka untuk terus bersaing dalam era globalisasi yang penuh cabaran ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dari keterbukaan keluarga, kekangan yang dihadapi dan kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi membantu masyarakat kaum Orang Asli dalam bidang PTV. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah berbentuk kuantitatif manakala instrumen borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang diperlukan manakala kaedah temubual digunakan untuk menyokong hasil dapatan kajian. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada tiga buah kampung Orang Asli iaitu Kampung Suak Padi, Kampung Tumbuh Hangat dan Kampung Gedung Batu yang terletak dalam daerah Perak Tengah di Negeri Perak Darul Ridzuan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan masyarakat Orang Asli berminat untuk menceburi dan mempelajari bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan lebih mendalam. Selain itu, mereka cukup menggalakkan ahli keluarga mereka untuk menceburi bidang PTV. Namun begitu, terdapat beberapa kekangan yang boleh diperbaiki bagi membantu masyarakat Orang Asli terus beijaya dalam bidang ini. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif dari segenap aspek bagi membantu mereka untuk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam demi kepentingan masyarakat Orang Asli dan negara.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
ID Code:843
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:08 Apr 2011 09:11
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page