Pelaksanaan pendidikan berasaskan keterampilan (Competency Based Education) dalam Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) : satu kajian kes

Azmi, Nur Iwani (2022) Pelaksanaan pendidikan berasaskan keterampilan (Competency Based Education) dalam Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) : satu kajian kes. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NUR IWANI AZMI.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NUR IWANI AZMI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (406kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NUR IWANI AZMI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan Berasaskan Keterampilan (PBK) yang juga dikenali sebagai Competency Based Education (CBE) merupakan satu pendekatan berstruktur yang menggalakkan pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengikut kadar pembelajaran sendiri. Walaupun pendekatan Competency Based Education telah banyak dilaksanakan di Malaysia, namun ini merupakan pelaksanaan yang pertama di peringkat Menengah Rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Antara isu yang berlaku dalam pendekatan CBE semasa dilaksanakan ialah tahap kemampuan dan penguasaan pelajar yang lemah, dan struktur kurikulum yang agak sukar. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk meneroka, memahami dan menjelaskan pendekatan CBE dalam program PAV di peringkat Menengah Rendah. Kajian ini dijalankan berlandaskan kepada reka bentuk kajian kes kualitatif dengan menggunakan jenis persampelan bertujuan, dan strategi persampelan variasi maksimum. Temu bual dalam kajian ini melibatkan 20 orang peserta kajian yang terdiri daripada guru PAV, pelajar PAV, dan pegawai daripada Kementerian yang mempunyai hubungan terus dengan pelaksanaan PAV. Proses pengumpulan data di lapangan kajian dilaksanakan selama setahun menerusi teknik temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Data kajian yang diperoleh seterusnya, diurus dan diorganisasikan menggunakan perisian ATLAS.Ti7. Kajian ini mendapati guru mengendalikan CBE dengan cara mengolah dan menyesuaikan sukatan pelajaran dengan keadaan semasa di sekolah, sekaligus dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran mengikut keupayaan pelajar sendiri. Dapatan kajian ini turut memperincikan keunikan penilaian dan pentaksiran dalam program ini yang sedikit berbeza dengan Arus Perdana, dengan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap kompetensi pelajar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 01 Mar 2023 06:54
Last Modified: 01 Mar 2023 06:54
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8465

Actions (login required)

View Item View Item