Kepimpinan autentik Mahathir Mohamad 1981-2003

Razali, Nurul Aimi (2022) Kepimpinan autentik Mahathir Mohamad 1981-2003. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURUL AIMI RAZALI.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NURUL AIMI RAZALI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (826kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURUL AIMI RAZALI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat menunjukkan prestasi yang cemerlang kerana berjaya melonjakkan martabat Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi. Malaysia berjaya menjadi sebuah negara bermasyarakat majmuk yang moden dan berkemajuan. Namun begitu, kecemerlangan kepimpinan beliau masih dipersoalkan oleh pihak tertentu yang tidak dapat memahami dan menerima pendekatan kepimpinan demokrasi terpimpin mengikut acuan sendiri yang dipraktikkan oleh beliau. Oleh itu, kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti cabaran yang telah dihadapi, meneroka gaya interaksi yang dipraktikkan, serta menganalisis pengolahan pengaruh yang diaplikasikan oleh beliau untuk memahami kepimpinan beliau secara menyeluruh. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif bereka bentuk kajian kes intrinsik. Data telah diperoleh melalui metod pengumpulan analisis dokumen terhadap sepuluh bab terpilih daripada autobiografi dan temu bual bersama lima informan utama yang dipilih. Kedua-dua sampel telah dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Kemudian, data telah dianalisis secara tematik berbantukan aplikasi Atlas.ti. Dapatan kajian menemukan Mahathir telah menghadapi cabaran keadaan negara dan rakyat yang rencam dan beraneka ragam tetapi dalam masa yang sama sedang berubah ke arah yang lebih baik. Beliau telah mempraktikkan gaya interaksi dan pengolahan pengaruh yang tersendiri dalam menghadapi cabaran tersebut. Pendekatan yang dipraktikkan telah mencerminkan tindakan kepimpinan yang menjadi kebiasaan beliau dalam berhadapan dengan sesuatu situasi. Oleh yang demikian, pendekatan tersebut telah menyerlahkan ketersendirian dan membuktikan keautentikan beliau sebagai seorang pemimpin. Sehubungan dengan itu, kajian mengenengahkan kerangka model kepimpinan autentik Mahathir sebagai output yang menjelaskan pendekatan tersendiri yang telah dipraktikkan oleh beliau dalam menggerakkan dan mencorakkan kepimpinan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan; membangunkan dan memodenkan negara dan rakyat. Keautentikan pendekatan kepimpinan dan pencapaian Mahathir menyebabkan beliau kekal unggul sebagai seorang negarawan Malaysia dan berada dalam liga yang tersendiri.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 01 Mar 2023 06:58
Last Modified: 01 Mar 2023 06:58
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8467

Actions (login required)

View Item View Item