Zuraidi, Siti Nor Fatimah (2022) Pembangunan teknik instrumentasi baharu bagi penilaian keadaan bangunan muzium. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p SITI NOR FATIMAH ZURAIDI.pdf Download (11MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
SITI NOR FATIMAH ZURAIDI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (227kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
SITI NOR FATIMAH ZURAIDI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (44MB) | Request a copy |
Abstract
Bangunan warisan merupakan satu harta negara yang amat bernilai dan berharga. Untuk mengekalkan bangunan ini, penyelenggaraan hendaklah dijalankan bagi menjamin keutuhannya dari segi reka bentuk dan nilai seni bina. Bagi melaksanakan aktiviti penyelenggaraan bangunan, pemeriksaan terhadap keadaan semasa bangunan amat diperlukan untuk memperolehi maklumat mengenai bangunan dan penilaian yang bersistematik. Keperluan kajian ini adalah mengenai pembangunan instrumen penilaian keadaan terhadap bangunan warisan yang tiada di Malaysia. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menilai keadaan bagi sebuah bangunan warisan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kriteria dan atribut bagi menilai keadaan bangunan warisan. Selanjutnya, membangunkan satu instrumen penilaian baharu dan menguji serta mengesahkan instrumen ini bagi menilai keadaan semasa bangunan warisan. Lokasi kajian dijalankan pada sembilan bangunan muzium di tiga buah negeri dalam Malaysia. Instrumen kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu soal selidik, pemerhatian serta tinjauan tapak. Dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan Analytic Hierarchy Process (AHP) dan instrumen Penilaian Keadaan Bangunan Muzium Warisan (PKBMW) sebagai alat pengukur. Hasil kajian ini mendapati 3 kriteria dan 17 atribut diguna untuk membangunkan instrumen baharu PKBMW, lapan bangunan muzium berskala 4 (baik) dan satu bangunan muzium berskala 3 (sederhana) dengan skala peratusan sebanyak 73.49% dan telah mendapat kesahan daripada lima pakar panel. Daripada hasil keputusan tersebut, kajian ini menggunakan instrumen penilaian baharu untuk menentukan keutamaan tindakan penyelenggaraan yang diperlukan pada sebuah bangunan warisan. Seterusnya, instrumen PKBMW ini akan dimajukan ke Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara dan sebagainya. Penilaian ini amat penting supaya aset bangunan berupaya menyokong operasi teras sesebuah bangunan warisan beroperasi secara efisien dan efektif di dalam menyediakan persekitaran dan kemudahan yang berkualiti kepada pengguna.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TH Building construction > TH845-895 Architectural engineering. Structural engineering of buildings |
Divisions: | Faculty of Engineering Technology > Department of Civil Engineering Technology |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 02 Apr 2023 00:53 |
Last Modified: | 02 Apr 2023 00:53 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8487 |
Actions (login required)
View Item |