Penghasilan manual keselamatan bengkel kimpalan : satu tinjauan di Institut Latihan Perindustrian Muar

Ahmad , Sariah (2002) Penghasilan manual keselamatan bengkel kimpalan : satu tinjauan di Institut Latihan Perindustrian Muar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1334Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan semasa menjalankan keija amali di bengkel. Selain daripada itu, kajian ini juga mengenal pasti keperluan manual keselamatan untuk dijadikan panduan kepada pengguna bengkel semasa melakukan kerja amali. Responden adalah terdiri daripada 85 orang pelajar semester akhir di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Muar. Borang soal sehdik diedarkan untuk mendapatkan maklumat dan program SPSS 10.0 for Windows (Statstical Package for the Social Science version 10.0) digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Kaedah kuantitatif digunakan untuk melaksanakan objektif kajian yang telah ditentukan. 4 perkara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan sikap pelajar, penerangan tentang amalan keselamatan, peranan pelajar dan pengajar serta persekitaran bengkel yang selamat. Hasil dapatan menunjukkan pelajar mempunyai kesedaran tentang amalan keselamatan walau bagaimanapun pelajar masih belum memahami sepenuhnya penerangan keselamatan yang diberikan. Bagi penilaian Manual Keselamatan Bengkel Kimpalan yang dihasilkan, kaedah kuahtatif melalui senarai semak digunakan. Manual ini telah dinilai oleh 3 orang pihak ILP Muar. Hasil dapatan menunjukkan manual yang dihasilkan sesuai diedarkan dan digunakan oleh pelajar yang menggunakan bengkel kimpalan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:850
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:08 Apr 2011 09:34
Last Modified:13 Dec 2011 11:55

Repository Staff Only: item control page