Kaedah pemeriksaan bangunan tinggi menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV)

Kaamin, Masiri and Abd. Aziz, Nurunnazifah and Mohd Bukari, Saifullizan and Ali, Zaurin and Samion, Norhafiza and Abd Kadir, Aslila and Ngadiman, Norhayati (2016) Kaedah pemeriksaan bangunan tinggi menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV). Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 78 (5–10). pp. 83-89. ISSN 21803722

Full text not available from this repository.

Abstract

Penyelenggaraan bangunan adalah merupakan kerja-kerja pembaikan dan penggantian kerosakkan pada bangunan. Ia bertujuan untuk memaksimakan usia dan kecekapan bangunan serta memenuhi kepuasan pemiliknya. Bangunan tinggi biasanya menjadi mercu tanda serta tarikan kepada orang ramai. Pembersihan tigkap, penyiasatan dan pembaikan struktur merupakan kerja-kerja penyelenggaraan yang tertentu perlu dilaksanakan. Sebelum kerja penyelenggaraan dikenalpasti, penyiasatan visual merupakan proses utama yang perlu dilaksanakan. Ia adalah untuk menentukan jenis kerosakkan atau kecacatan pada bangunan. Teropong dan kamera merupakan alat utama yang digunakan dalam penyiasatan visual untuk bangunan tinggi. Grafik dan gambar yang dihasilkan tersebut akan dianalisis. Kini, pesawat tanpa pemandu (Unmanned Aerial Vehicle - UAV) bukan sahaja digunakan sebagai hobi tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai alat penyiasatan visual bagi bangunan tinggi. Kajian ini bertujuan untuk menguji sejauh mana penggunaan pesawat mikro UAV dapat membantu dalam kerja-kerja penyiastan visual di bangunan tinggi. Bangunan Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn telah dipilih dalam kajian ini. Penggunaan pesawat mikro UAV membolehkan kerosakan dan kecacatan pada struktur bangunan dikesan secara dekat dan lebih jelas walau pada ketinggian yang tinggi. Data-data diambil dengan pesawat mikro UAV diterbangkan dengan jarak lebih kurang 2 m dari dinding bangunan sambil merakam video. Video-video tersebut telah diproses ke dalam bentuk imej menggunakan ‘snapshot’. Imej kerosakan yang dikesan di ‘zoom’ dan dianalisis menggunakan suntingan Adobe Photoshop untuk menunjukkan kerosakan dengan lebih jelas. Hasil kajian ini, terdapat 39 kerosakan yang dikesan meliputi kecacatan dalam bentuk cat luntur, cat mengelupas, cat berkapur, permukaan dinding tidak rata dan keretakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bangunan tinggi; pemeriksaan visual; mikro UAV
Subjects:T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
Divisions:Centre of Diploma Studies > Department of Civil Engineering
ID Code:8536
Deposited By:Mr. Mohammad Shaifulrip Ithnin
Deposited On:21 Jun 2017 11:43
Last Modified:21 Jun 2017 11:43

Repository Staff Only: item control page