Penyediaan buku panduan keselamatan dan kesihatan di makmal kejuruteraan awam Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Mohd Abdoh, Fahrizal (2002) Penyediaan buku panduan keselamatan dan kesihatan di makmal kejuruteraan awam Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p FAHRIZAL MOHD ABDOH.pdf

Download (929kB)
[img] Text (Full Text)
FAHRIZAL MOHD ABDOH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (22MB) | Request a copy

Abstract

Buku Panduan Keselamatan dan Kesihatan di Makmal Kejuruteraan Awam merupakan satu rujukan kepada pelajar dalam amalan keselamatan dan kesihatan ketika menjalankan kerja di makmal. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan buku panduan kepada pelajar di makmal. Responden adalah seramai 45 orang pelajar yang menjalani amali di Makmal Teknologi Pembinaan Kerja Kayu, Makmal Teknologi Pembinaan Pembuatan Perabut dan Makmal Teknologi Pembinaan Perpaipan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk melaksanakan kajian dengan tiga perkara yang dibincangkan iaitu sikap pelajar dalam amalan keselamatan, pengetahuan keselamatan pelajar dan keperluan Buku Panduan Keselamatan dan Kesihatan yang dicadangkan. Hasil dapatan menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang positifterhadap keselamatan dan berpengetahuan dalam langkah-langkah dan peraturan keselamatan di makmal. Buku Panduan Keselamatan dan Kesihatan yang dihasilkan juga sesuai digunakan dan diedarkan kepada pelajar di makmal sebagaipanduan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Apr 2023 01:41
Last Modified: 11 Apr 2023 01:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8544

Actions (login required)

View Item View Item