Short term performance evaluation of a rural road embankment with different reinforcement constructed on soft soil pertaining to vertical settlement

Abdurahman, Mohamad Nizar (2005) Short term performance evaluation of a rural road embankment with different reinforcement constructed on soft soil pertaining to vertical settlement. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHAMAD NIIZAR ABDURAHMAN.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHAMAD NIIZAR ABDURAHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (311kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHAMAD NIIZAR ABDURAHMAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Pembinaanjalan raya di kawasan tanah lembut merupakaj suatu kebiasaan di selatan Semenanjung Malaysia terutamanya berhampiran kawasan pantai. Pelbagai masalah sering dihadapi semasa pembinaanjalan raya dijalankan di atas tanah lembut. Tanah lembut adalah kurang stabil dan mengalami enapan primer dan enapan jangka masa panjang yang besar apabila dikenakan dengan pertambahan beban. Sebelum turapan dibuat di atas tanah lembut, kebiasaannya tanah tersebut akan diperkuatkan dahulu dengan menggunakan geotekstil. Ujikaji ini dijalankan untuk mendapatkan hubungkait di antara kekerapan beban dinamik menggunakan lori 5 tan dengan enapan bagijalan yang dibina di atas tanah lembut. Dalam kajian ini, dua (2) jenis geotekstil telah digunakan. Ianya adalah Rawell Geosynthetic Clay Liner(RGCL) dan Woven Geotextile(WG). Ujian dan pemerhatian yang berterusan dijalankan ke atas 3 model jalan skala penuh yang dibina di atas tanah lembut di Pusat Kajian Tanah Lembut(RECESS), KUiTTHO. Beban dengan menggunakan lori 5 tan dikenakan ke atas setiap bahagian jalan semasa proses pembebanan dinamik dan statik dijalankan. Daripada analisa yang dijalankan terhadap keputusan kajian, didapati bahawa semasa beban dinamik 50 pusingan sehari dikenakan ke atas jalan,nilai enapan bagi RGCL ialah 0.030 m dan 0.063 m, dan bagi WG pula ialah 0.168 m dan 0.082 m masing-masing bagi bahagian yang dikorek Om dan 0.5 m.Semasa beban dinamik sebanyak 100 pusingan sehari pula, nilai enapan bagi RGCL ialah 0.026 m dan 0.068 m, dan bagi WG pula ialah 0.168 m dan 0.088 m masing-masing bagi bahagian yang dikorek 0 m dan 0.5 m. Daripada data di atas, kita dapat melihat bahawa keberkesanan penggunaan RGCL adalah lebih baik jika dibandingkan dengan WG. Malah, dengan penambahan beban dinamik, nilai enapan juga turut bertambah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements
T Technology > TE Highway engineering. Roads and pavements > TE250-278.8 Pavements and paved roads
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Apr 2023 03:13
Last Modified: 11 Apr 2023 03:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8557

Actions (login required)

View Item View Item