Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dam pembelajran dalam bidang teknik dan vokasional

Razali, Hairani (2006) Kesan latihan dalam perkhidmatan ke atas kualiti pengajaran dam pembelajran dalam bidang teknik dan vokasional. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2207Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru-guru teknik dan vokasional dan sejauh mana hubungannya dengan keberkesanan pengajaran mereka dan pencapaian pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang turut disokong dengan maklumat daripada data kualitatif. Maklumat dikumpulkan melalui dua set soal selidik, set A dan set B. Set A diberikan kepada 43 orang guru sekolah menengah teknik (SMT) di Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Pontian, Johor. Kajian ini mempertimbangkan empat mata pelajaran elektif utama bagi pelajar-pelajar aliran teknikal iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM), Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE) dan Lukisan Kejuruteraan (LK). Antara maklumat yang diperolehi adalah latar belakang responden, keberkesanan latihan yang diikuti dan juga keberkesanan pengajaran guru. Manakala soal selidik set B pula diedarkan kepada 1225 orang pelajar yang diajar oleh guru-guru di atas. Maklumat mengenai keberkesanan guru-guru teknik dan vokasional pada pandangan pelajar diperoleh melalui soal selidik ini. Kaedah temu bual telah dilakukan ke atas Penolong-penolong Kanan SMT untuk mendapatkan maklumat umum daripada pihak pengurusan yang boleh membantu kajian. Di samping itu, data markah peperiksaan pelajar juga diambil dan dianalisis. Semua data telah dianalisis menggunakan pakej SPSS versi 12. Antara analisis yang dilakukan adalah taburan kekerapan bagi data latar belakang responden, nilai purata bagi data latihan dalam perkhidmatan dan guru berkesan, ujian-? untuk mengkaji perbezaan pencapaian pelajar yang diajar oleh guru yang mengikuti latihan dan tiada latihan dalam perkhidmatan dan pekali korelasi Pearson bagi mengkaji hubungan antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian pelajar. Kajian membuktikan bahawa latihan dalam perkhidmatan yang dihadiri oleh guru SMT mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi. Latihan dalam perkhidmatan yang menitikberatkan kemahiran guru menjadi ciri utama yang dipersetujui oleh para guru di SMT. Namun begitu, ada juga aktiviti-aktiviti pembangunan staf bagi guru-guru teknikal yang dilaksanakan secara kurang berkesan dari segi tempoh yang tidak mencukupi dan perlaksanaan yang tidak berterusan. Kajian juga membuktikan bahawa guru-guru SMT mempunyai kecekapan profesion yang tinggi dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan tetapi tahap keberkesanan sederhana dari segi hubungan interpersonal dan kemahiran kaunseling. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara latihan dalam perkhidmatan dengan keberkesanan pengajaran guru, keberkesanan pengajaran guru dengan pencapaian pelajar dan juga antara latihan dalam perkhidmatan dengan pencapaian pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
ID Code:856
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:08 Apr 2011 09:46
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page