Penggunaan visual grafik melalui multimedia interakitf dalam pengajaran dan pembelajaran statistik asas

Md. Saad, Khatijah (2002) Penggunaan visual grafik melalui multimedia interakitf dalam pengajaran dan pembelajaran statistik asas. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p KHATIJAH MD. SAAD.pdf

Download (698kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
KHATIJAH MD. SAAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (313kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
KHATIJAH MD. SAAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (34MB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan visual grafik tidak asing lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun dengan adanya kemajuan teknologi dalam dunia pendidikan hari ini, penggunaan visual grafik seperti warna, tipografi dan ilustrasi kini mampu disampaikan dalam bentuk yang lebih efektif seperti melalui multimedia interaktif. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan visual grafik melalui multimedia interaktif dalam pembelajaran matematik (statistik asas) di peringkat menengah. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan rekabentuk pra dan pasca ujian dengan kumpulan eksperimen dan kawalan. Sampel kajian adalah dua kumpulan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Onn, Butterworth, Pulau Pinang. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa (i) penggunaan visual grafik melalui multimedia interaktif telah meningkatkan pencapaian dalam ujian statistik (ii) penggunaan visual grafik melalui multimedia interaktif juga telah meningkatkan interaksi dua hala antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar dan (iii) antara tiga jenis elemen grafik yang dikaji, elemen tipografi telah dikenalpasti oleh pelajar sebagai elemen paling penting bagi membantu mereka dalam mempelajari statistik. Kesimpulan yang telah dibuat ialah, penggunaan visual grafik melalui multimedia interaktif boleh membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam matematik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > QA273-280 Probabilities. Mathematical statistics
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Apr 2023 03:16
Last Modified: 11 Apr 2023 03:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8587

Actions (login required)

View Item View Item