Pengaruh rekabentuk bangunan terhadap proses pembelajaran: satu tinjauan di Politeknik Kota, Melaka

Ahmad, Masri (2002) Pengaruh rekabentuk bangunan terhadap proses pembelajaran: satu tinjauan di Politeknik Kota, Melaka. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MASRI AHMAD.pdf

Download (538kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MASRI AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (290kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MASRI AHMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (20MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan merupakan satu bidang yang amat luas dan besar pengaruhnya dalam membentuk sesebuah masyarakat. Bagi mewujudkan sistem pendidikan yang sempurna, setiap aspek yang berhubung kait dengan bidang pendidikan perlu di ambil kira kepentingannya. Antaranya ialah penekanan kepada aspek luaran seperti kemudahan prasarana yang lengkap dan selesa. Kajian kes ini adalah bertujuan mengkaji keselesaan pelajar semasa menjalani proses pembelajaran dilihat dari aspek persekitaran kawasan kampus, rekabentuk bangunan, kesesuaian lokasi dan kemudahan fizikal yang sedia ada. Bagi mendapatkan gambaran sebenar, pengukuran kualitatif terhadap tahap keselesaan pelajar dilakukan dengan mengambil 129 orang pelajar sebagai responden yang terdiri daripada pelajar pelbagai kursus di Politeknik Kota, Melaka. Kajian berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dilakukan untuk mendapatkan penilaian pelajar terhadap pengaruh rekabentuk bangunan terhadap proses pembelajaran mereka. Hasil dapatan di analisis menggunakan kaedah peratusan dan nilai purata. Dari hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi menunjukan rekabentuk dan kedudukan kampus juga menyumbang kepada aras keselesaan pelajar sewaktu menjalani proses pembelajaran sekaligus menuntut perancangan yang teliti dan rapi dalam menyediakan kemudahan pembelajaran yang bersesuaian dengan situasi pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 11 Apr 2023 03:17
Last Modified: 11 Apr 2023 03:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8590

Actions (login required)

View Item View Item