Pemurnian manual prosedur ujikaji makmal geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Abdul Muthalib, Norhazizi (2003) Pemurnian manual prosedur ujikaji makmal geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NORHAZIZI ABDUL MUTHALIB.pdf

Download (777kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NORHAZIZI ABDUL MUTHALIB COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (289kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORHAZIZI ABDUL MUTHALIB WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (48MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memurnikan manual prosedur ujikaji Makmal Geoteknik KUiTTHO, dengan berkonsepkan mesra pengguna dan menggunakan pendekatan grafik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menguji kebolehgunaan dan kebolehlaksanaan manual sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran amali pelajar di Makmal Geoteknik KUiTTHO. Piawaian British Standard Method Of Test For Soil For Civil Engineering Purposes (BS 1377 : 1990) telah digunakan di dalam menghasilkan manual ini. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan data telah dikumpulkan dengan menggunakan instrumen berbentuk borang soal selidik dan prototaip manual yang telah dimurnikan. Sampel kajian terdiri daripada tujuh (7) orang pensyarah dan penyelia Makmal Geoteknik dan seratus tujuh puluh (170) orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam yang terlibat dengan pembelajaran amali di Makmal Geoteknik pada semester ke dua sesi 2002/2003. Datadata yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan dan min bagi mengetahui tahap persepsi staf dan pelajar terhadap manual yang dimurnikan. Hasil kajian menunjukkan manual bersifat mesra pengguna. Didapati penggunaan pendekatan grafik dapat membantu pemahaman pelajar dalam pembelajaran amali dan manual boleh diguna dan dilaksanakan sebagai panduan pelajar dalam pembelajaran amali di Makmal Geoteknik KUiTTHO.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA703-712 Engineering geology. Rock mechanics. Soil mechanics.
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:11
Last Modified: 02 May 2023 02:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8626

Actions (login required)

View Item View Item