Effect of storage temperature and duration on physico-chemical properties, microbial growth and nutritional composition of papaya and banana fruits

Abdarrahman Abuhamra, Suaad Ghait (2017) Effect of storage temperature and duration on physico-chemical properties, microbial growth and nutritional composition of papaya and banana fruits. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SUAAD GHAIT ABDARRAHMAN ABUHAMRA.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SUAAD GHAIT ABDARRAHMAN ABUHAMRA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SUAAD GHAIT ABDARRAHMAN ABUHAMRA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kultivar pisang (Musa sp.) dan betik (Carica papaya) dituai dan disimpan selama sebulan pada suhu penyimpanan dan jangka masa berbeza. Buah-buahan ini diambil daripada kebun yang terletak di Johor Bahru, Malaysia. Masak dalam tempoh yang tidak diingini, perubahan warna kulit, penurunan berat, buah-buahan kehilangan kualiti seperti nutrisi, kadar serangan mikroorganisma tinggi, dan kerosakan buah-buahan kerana cara penyimpanan tidak wajar. Buah-buahan itu disimpan pada jangka masa berbeza (0, 3, 6, 14, 30, hari) dan pelbagai suhu penyimpanan (4 ±1, 10±2, 30±3 °C). Perubahan warna, kehilangan berat, jumlah polisakarida dan protein, jumlah gula larut (TSS), keasidan boleh titrat (TA), pH, kandungan bebas fenol (FPC) dan pertumbuhan mikrob ditentukan. Keputusan menunjukkan parameter tersebut dipengaruhi dengan ketara oleh suhu dan masa. Contohnya, polisakarida pisang adalah 20 mg/L pada 4°C, 20 mg/L pada 10°C, dan 16 mg/L pada 30°C, protein pisang adalah 1155 pada 4°C, 1315 pada 10°C, dan 1640 pada 30°C, jumlah gula larut adalah 6.8 pada 4°C, 7.9 pada 10°C, dan 8.2 pada 30°C, pH pisang adalah 4.8 pada 4°C, 4.8 pada 10°C, dan 5.9 pada 30°C, kandungan bebas fenol betik (FPC) adalah 184 pada 4°C, 245 pada 10°C dan 569 mg/L pada 30°C, dan kehilangan berat betik adalah 7 pada 4°C, 15 pada 10°C dan 65% pada 30°C. Warna betik tidak berubah pada jangka masa penyimpanan yang panjang penyimpanan sejuk. Di samping itu, warna kulit pisang terjejas akibat pemerangan dan kecederaan pendinginan ke dalam penyimpanan sejuk. Selain itu, semasa penyimpanan, jumlah gula larut, (TSS), jumlah polisakarida, keasidan boleh titrat (TA), dan kandungan bebas fenol (FPC) meningkat semasa penyimpanan sejuk. Tambahan lagi, pH, pertumbuhan mikrob, berat, dan anggaran protein pula meningkat semasa penyimpanan sejuk. Kesimpulannya, berdasarkan keputusan yang diperoleh, suhu dan jangka masa penyimpanan optimum untuk pisang didapati pada 4°C dan 14 hari dan sebulan untuk buah betik. Dapatan keseluruhan kajian ini boleh menyediakan alat pengurusan berasaskan sains untuk prestasi penyimpanan buah pisang dan betik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Technology and Natural Resources
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Sep 2021 05:44
Last Modified: 06 Sep 2021 05:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/866

Actions (login required)

View Item View Item