Aplikasi sistem maklumat stok dan inventori makmal JPTV

Mat , Mohd Zulhasnan (2003) Aplikasi sistem maklumat stok dan inventori makmal JPTV. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
989Kb

Abstract

Proses merekod dan mengurus maklumat stok dan inventori di makmal Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional masih menggunakan kaedah manual. Semua rekod berkenaan stok dan inventori disimpan dalam bentuk borang yang disediakan oleh pihak universiti. Kaedah ini didapati kurang cekap, proses mendapatkan semula data mengambil masa dan memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan rekod dan borang. Ia juga menyukarkan untuk mendapatkan dan mengemaskini rekod. Keadaan akan menjadi rumit bila jabatan memesan peralatan dengan banyak. Ini akan mendatangkan banyak masalah kepada pengurusan makmal di jabatan. Bagi meminimumkan masalah, satu sistem pengurusan maklumat berasaskan komputer dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Access 2000. Sistem ini mempunyai pangkalan data peralatan sebagai data utama. Ia dipanggil "Sistem Maklumat Stok Dan Inventori Makmal JPTV". Satu kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan ke atas ketua makrnal danjuruteknik makmal bertujuan untuk menilai tahap kesesuaian sistem. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif untuk mendapatkan skor min dan peratusan. Dapatan anal isis mendapati nilai purata keseluruhan min bagi kesemua aspek melebihi skor min piawai. Ini menunjukkan sistem yang dibangunkan sesuai dan memberi kemudahan kepada pihak pengurusan makmal dalam merekod dan mengurus maklumat stok dan inventori makmal.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TS Manufactures
ID Code:866
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:13 Apr 2011 22:04
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page