Corrosion assessment on reinforced concrete and its service life prediction

Syed Mohamad, Syed Burhanuddin Hilmi (2005) Corrosion assessment on reinforced concrete and its service life prediction. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] Text
24p SYED BURHANUDDIN HILMI SYED MOHAMAD.pdf

Download (5MB)

Abstract

Kemerosotan struktur konkrit bertetulang adalah berkemungkinan berpunca daripada tindakbalas kimia dan keadaan semulajadi konkrit. Pengaratan tetulang besi di dalam konkrit merupakan punca utama kemerosotan struktur konkrit bertetulang pada masa ini. Ini akan membawa kepada kelemahan struktur akibat kehilangan luas keratan tetulang besi, kekotoran pada permukaan konkrit. keretakan, pecah dan jatuh dalam bentuk serpihan. Ini akan mengurangkan tempoh khidmat struktur konkrit bertetulang dan memberi kesan terhadap integriti dan keselamatan struktur konkrit bertetulang dengan mengurangkan kapasiti menanggung beban. Projek ini adalah untuk menilai tahap pengaratan struktur konkrit bertetulang dan menganggarkan tempoh khidmat struktur. Ini dilaksanakan berdasarkan teknik "electrochemical". Ini termasuklah teknik "galvanostatic pulse" dan "linear polarization". Kedua-dua teknik ini menggunakan ujian tanpa musnah yang dikenali GalvaPulse. Peralatan ini akan membolehkan kita untuk mengenalpasti darjah pengaratan, kadar pengaratan dan juga menafsirkan keputusan melalui pemetaan pengaratan. Daripada keputusan yang dicapai, penilaian terhadap pengaratan dalam masa yang singkat dan masa yang panjang akan dapat dikenalpasti dengan menggunakan model-model ramalan tempoh perkhidmatan struktur.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:14
Last Modified: 02 May 2023 02:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8668

Actions (login required)

View Item View Item