Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar jurusan Diploma Akauntansi di Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

Abdul Aziz, Azrul Nizam (2002) Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar jurusan Diploma Akauntansi di Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p AZRUL NIZAM ABDUL AZIZ.pdf

Download (901kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
AZRUL NIZAM ABDUL AZIZ COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (280kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AZRUL NIZAM ABDUL AZIZ WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (28MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan program latihan industri politeknik di bidang perakaunan. Selain itu, tahap kesesuaian, kesediaan pelajar dan keberkesanan program latihan industri juga telah ditinjau. Kajian ini dijalankan pada September 2002 dan melibatkan seramai 60 orang pelajar Diploma Akauntasi semester 5 dan 6 iaitu masing-masing 20 orang pelajar daripada Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO). Responden telah menjalani program latihan industri semasa berada di semester keempat. Seorang pegawai Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Johor Bahru dan seorang pensyarah daripada Politeknik Seberang Perai telah ditemubual. Instrumen kajian ini melibatkan soal selidik dan juga temubual. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisa maklumat tersebut. Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa kesesuaian pelajar adalah pada tahap yang memuaskan. Kajian ini juga menunjukkan kesediaan pelajar berada pada tahap memuaskan. Keberkesanan program latihan industri pula berada pada tahap amat memuaskan. Dapatan juga menunjukkan bahawa responden daripada PSP, POLIMAS dan PUO mempunyai kepuasan pada tahap sederhana terhadap kesesuaian dan kesediaan pelajar manakala bagi keberkesanan program latihan industri, responden daripada PSP dan POLIMAS menunjukkan kepuasan yang tinggi manakala responden daripada PUO menunjukkan kepuasan yang sederhana. Selain itu, bukti-bukti menunjukkan faktor kesesuaian adalah penentu yang paling signifikan terhadap keberkesanan program latihan industri berbanding faktor kesediaan pelajar. Dapatan kajian yang terakhir telah menunjukkan bahawa faktor kesesuaian dan kesediaan pelajar menyumbang kepada 18% varians dalam keberkesanan program latihan industri. Di akhir kajian ini, satu instrumen pra-penilaian program latihan industri dalam bentuk senarai semak telah dibangunkan berdasarkan input dapatan kajian untuk kegunaan pelajar-pelajar politeknik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:15
Last Modified: 02 May 2023 02:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8674

Actions (login required)

View Item View Item