Persepsi pensyarah kejuruteraan terhadap keberkesanan program pendidikan teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran buruh: perbandingan di institut awam dan swasta

Abdul Manap, Khairul Anuar (2001) Persepsi pensyarah kejuruteraan terhadap keberkesanan program pendidikan teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran buruh: perbandingan di institut awam dan swasta. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP.pdf

Download (641kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (282kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pensyarah kejuruteraan terhadap keberkesanan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran buruh. Perbandingan dan tinjauan dilihat pada institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kajian ini dijalankan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO ) dan Malaysian France Institute (MFI). Objektif kajian ini adalah untuk melihat persepsi pensyarah terhadap keberkesanan program Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV ) yang dijalankan di kedua-dua buah institusi tersebut. Ianya juga untuk mendapatkan persepsi pensyarah terhadap keberkesanan program PTV bagi memenuhi keperluan pasaran buruh, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program PTV, sifat motivasi dan ketegasan diri serta langkah-langkah yang boleh dilakukan terhadap program PTV bagi mengurangkan masalah keperluan pasaran buruh. Kaedah kajian adalah berdasarkan kepada borang kaji selidik yang diedarkan kepada 120 orang tenaga pengajar yang dianggap sebagai sampel kajian iaitu 60 orang di KUiTTHO dan 60 orang di MFI. Dapatan kajian mendapati program PTV yang dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT ) mampu untuk memenuhi keperluan tenaga buruh mahir di sektor industri. Antara cadangan yang boleh dikemukakan untuk meningkatkan lagi keberkesanan program PTV untuk keperluan buruh mahir adalah dengan melanjutkan lagi tempoh masa latihan industri dan kemahiran para pelajarnya serta menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak industri supaya dapat saling berganding bahu bagi menangani keperluan masing-masing.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 May 2023 02:15
Last Modified: 02 May 2023 02:15
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8685

Actions (login required)

View Item View Item