Kajian sifat mekanikal papan serpai berlapis mengandungi habuk kayu gergaji

Jaafar , Azman (2004) Kajian sifat mekanikal papan serpai berlapis mengandungi habuk kayu gergaji. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2083Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat mekanikal papan serpai berlapis yang mengandungi habuk kayu gergaji. Di samping itu, perbandingan dengan papan serpai homogen turut dijalankan. Dalam kajian ini, habuk kayu gergaji dari pelbagai spesis kayu tropika digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pengeluaran kedua- dua papan serpai dengan sasaran ketumpatan 750 kg/m3. Struktur papan serpai homogen dibuat dengan satu saiz partikel habuk kayu iaitu 0.6mm — 1.18mm, manakala papan serpai berlapis diperbuat dengan 2 saiz partikel yang berlainan iaitu 0.6 mm - 1.18mm di bahagian permukaan atas dan bawah manakala 1.18mm — 2.36mm pada bahagian tengah. Ianya membentuk 3 lapisan dengan nisbah ketebalan 25 : 50 : 25 (ketumpatan sisi). Urea formaldehyde digunakan sebagai bahan perekat dalam pembuatan kedua-dua papan serpai tersebut iaitu 12% pada partikel bersaiz 0.6mm - 1.18mm dan 9 % pada saiz partikel 1.18 —2.36mm , pengeras 3 % dan lilin 1 %. Polietilena digunakan pada kadar yang sama antara papan serpai homogen dan berlapis mengikut peratusannya ( 0%, 10%, 20%, 30%,40% ). Modulus kekenyalan, modulus kehancuran, pengembangan ketebalan, ikatan dalaman dan serapan air bagi papan lapis tersebut telah ditentukan mengikut BS EN (British Standard). Hasil kajian mendapati, 70% habuk kayu gergaji dan 30% polietilena adalah kadar optimum bagi menghasilkan papan serpai berlapis yang memenuhi piawaian kecuali modulus kekenyalan dan kehancuran yang mana ianya mempunyai kekuatan 40% -50% daripada keperluan sebenar. Walau bagaimanapun papan serpai ini sesuai untuk kegunaan produk dalaman yang bebas dari tekanan seperti siling, lantai dan lain-lain.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TS Manufactures
ID Code:873
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:14 Apr 2011 08:52
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page