Pembangunan dan penilaian modul pengajaran kendiri berasakan web untuk subjek pola pakaian (JURUSAN FESYEN) di Politeknik

Abd. Shukor , Norazrina (2003) Pembangunan dan penilaian modul pengajaran kendiri berasakan web untuk subjek pola pakaian (JURUSAN FESYEN) di Politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1055Kb

Abstract

Modul Pengajaran Kendiri merupakan satu media pengajaran berasaskan teknologi yang mengandungi unit-unit aktiviti yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian berbentuk tinjauan dan penilaian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan Modul Pengajaran Kendiri Berasaskan Web untuk Pola Pakaian (MPKWPP) yang dibangunkan bagi membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dari aspek tahap kebolehlaksanaan, mesra pengguna, interaktiviti, peningkatan pengetahuan, kemahiran dan juga pembentukan sikap positif pelajar fesyen dalam melakar Pola Pakaian. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 12 orang pensyarah yang mengajar subjek Pola Pakaian di Politeknik Johor Bahru (PJB) dan juga 50 orang pelajar (Semester 2 dan Semester 3) Diploma Seni Reka Pesyen dan Membuat Pakaian di PJB. Pengumpulan data juga meliputi sesi temubual dengan dua orang responden iaitu seorang pensyarah multimedia daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan seorang pensyarah berpengalaman dalam mengajar subjek Pola Pakaian di PJB. Melalui penggunaan instrumen soal selidik dan sesi temubual, pengumpulan data at au penilaian kajian adalah berdasarkan kepada persepsi pensyarah dan pelajar terhadap keberkcsanan MPKWPP yang dibangunkan. Segala data yang telah dikumpulkan dianalisis dcngan menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) Versi 11.0 yang melibatkan skor min dan ujian t (independent t test). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehlaksanaan, mesra pengguna, interaktiviti, peningkatan pengetahuan, kemahiran dan juga pembentukan sikap positifpelajar fesyen dalam melakar Pola Pakaian berada pada tahap yang tinggi. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar Diploma Seni Reka Pesyen Semester 2 dan Semester 3 terhadap keberkesanan MPKWPP dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts
ID Code:874
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:12 Apr 2011 09:52
Last Modified:29 Apr 2011 14:42

Repository Staff Only: item control page