Perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di peringkat sekolah menengah kebangsaan: satu tinjauan di daerah Batu Pahat

Kandari, Mohd. Azamri (2001) Perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di peringkat sekolah menengah kebangsaan: satu tinjauan di daerah Batu Pahat. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD. AZAMRI KANDARI.pdf

Download (761kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD. AZAMRI KANDARI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (316kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD. AZAMRI KANDARI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kes ini merupakan satu tinjauan terhadap perlaksanaan mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional di sekolah-sekolah menengah kebangsaan sekitar daerah Batu Pahat. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan fizikal sekolah, kelayakan guru dan pencapaian pelajar di sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran berkaitan. Metodologi kajian adalah berasaskan kajian tinjauan dengan menggunakan 2 instrumen, iaitu soal selidik dan temubual. Maklumat yang diperolehi dari tinjauan awal permasalahan kajian ini menunjukkan penawaran mata pelajaran pendidikan teknik dan vokasional hanya melibatkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sahaja. Terdapat 4 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah ini yang melaksanakan mata pelajaran tersebut bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. Sampel kajian terdiri daripada 5 orang guru mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan. Dapatan utama kajian menunjukkan 60% responden mempunyai pengalaman mengajar 3 hingga 4 tahun di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kelulusan akademik tertinggi responden adalah di peringkat Ijazah Pertama iaitu 90% dengan 60% mempunyai latar belakang pendidikan di dalam bidang kejuruteraan. Dari segi kemudahan fizikal, kajian mendapati keseluruhan sekolah yang terlibat menyediakan 2 bilik iaitu bilik lukisan dan makmal komputer. Kebanyakan bangunan adalah bilik daijah yang diubahsuai 75% dan bangunan tambahan 25%. Secara keseluruhannya, prestasi pencapaian keseluruhan pelajar adalah pada tahap sederhana iaitu 80%, manakala 20% lagi memperolehi pencapaian pada tahap lemah. Terdapat beberapa cadangan dikemukakan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 May 2023 02:45
Last Modified: 16 May 2023 02:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8743

Actions (login required)

View Item View Item