Decolourisation of dye solution containing azo acid orange 7 by electricity

Mohd Zin, Nur Shaylinda (2005) Decolourisation of dye solution containing azo acid orange 7 by electricity. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] Text
24p NUR SHAYLINDA MOHD ZIN.pdf

Download (5MB)

Abstract

Sisa berwarna daripada aktiviti industri memberi kesan kepada persekitaran dan kesihatan manusia. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk menyahwarna sisa ini termaksuklah kaedah yang menggunakan aplikasi elektrik. Kajian ini dilaksanakan untuk menyelidik kelakuan larutan yang mengandungi bahan pewarna Azo asid oren 7 oleh elektrik. Fokus kajian ini menjurus kepada kesan penyahwarnaan oleh faktor ketumpatan arus elektirk, kepekatan pewarna dan tempoh aliran arus elektrik. Sel kimia yang mudah disediakan dengan menggunakan dua kepingan diperbuat daripada besi tulen dan besi campuran. Keberkesanan kaedah ini ditentukan melalui pengukuran peratus penyingkiran warna dan penyerapan. Peratus penyingkiran warna adalah lebih tinggi daripada peratus penyingkiran penyerapan. Semasa proses dijalankan apabila jumlah ketumpatan arus elektrik dan tempoh aliran arus elektrik semakin bertambah, penyahwarnaan turut meningkat. Berdasarkan analisis MINITAB™, ketumpatan arus elektrik, kepekatan pewarna dan tempoh aliran arus elektrik memang mempengaruhi peratus penyingkiran warna.. Kecekapan penyahwarnaan bagi kepekatan antara 100 mg/1 dan 200 mg/1 boleh ditingkatkan kepada 95% penyingkiran warna dan 88% penyingkiran penyerapan pada tempoh aliran arus elektrik 18 minit dan ketumpatan arus elektrik pada nilai 120 A/m .

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Q Science > QD Chemistry > QD450-801 Physical and theoretical chemistry
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 May 2023 02:45
Last Modified: 16 May 2023 02:45
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8751

Actions (login required)

View Item View Item