Ultrasound tiga - dimensi

Mohamed Johar, Saffuwan (2003) Ultrasound tiga - dimensi. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img] Text
24p SAFFUWAN MOHAMED JOHAR.pdf

Download (5MB)

Abstract

Latarbelakang : Laporan projek ini dibuat bagi menilai kemampuan aplikasi ultrasonografi tiga dimensi (3-D) di dalam pemaparan visual fetus pada trimester ketiga di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Percubaan awal telah dilakukan secara in-vitro ke atas fantom ultrasaun setaraan tisu, bagi mendapatkan imej-imej satahan yang berserenjang, imej arbitrari dan pembinaan semula imej berpeleraian tinggi serta imej render isipadu secara interaktif. Peleraian mesin-mesin ultrasaun juga dibincangkan. Kaedah : Imej-imej in-vitro dan in-vivo 3-D dijana menerusi penggunaan sistem pengimejan ultrasaun yang berlainan, dengan masingmasing berada di Jabatan Radiologi dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Sistemsistem tersebut ialah : Sistem Pengimejan Ultrasaun Sonoline Siemens Elegra yang dilengkapi dengan transduser tatasusunan linear dan sektor pada pelbagai julat frekuensi dan Sistem Pengimejan Ultrasaun ATL HDI Phillips. Pemerolehan imej dilakukan melalui kaedah pengimbasan linear dan ayunan. Keputusan : Melalui dua sistem pengimejan yang digunakan, struktur-struktur dua dimensi (2-D) dan 3-D fetus dan fantom daripada pelbagai perspektif dan orientasi dapat dilihat menerusi paparan empat sukuan secara serentak. Tentukuran ketepatan kaliper dan peleraian di antara kedua-dua sistem memberikan keputusan yang pelbagai bergantung kepada jenis transduser dan frekuensi yang digunakan. Kesimpulan : Ultra sonografi secara 3-D memberikan satu dimensi baru di dalam pemaparan visual struktur-struktur anatomi. Hasil yang diperoleh menunjukkan ultrasonografi 3-D bermaya menjadi pelengkap kepada ultrasonografi 2-D dan ianya sangat berguna di dalam menilai keadaan fetus dalam kandungan kehamilan. Penggunaan peralatan pengimbasan mekanikal bermotor dan alat pengesan kedudukan pengimbas tangan bebas juga telah dicadangkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > R Medicine (General) > R856-857 Biomedical engineering. Electronics. Instrumentation
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 May 2023 02:47
Last Modified: 16 May 2023 02:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8760

Actions (login required)

View Item View Item