Shafiai @ Shafii, Shafizah (2003) Punca dan tahap tekanan dikalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p SHAFIZAH SHAFIAI @ SHAFII.pdf Download (933kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
SHAFIZAH SHAFIAI @ SHAFII COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (302kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
SHAFIZAH SHAFIAI @ SHAFII WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (23MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji aras tekanan pelajar, jenis tekanan yang dihadapi, faktor utama yang menyebabkan tekanan, perbezaan hubungan antara aspek tekanan yang dikaji dan perbezaan aras tekanan berdasarkan ciri demografi pelajar. Seramai 75 orang pelajar Kejuruteraan Awam dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn mengambil bahagian di dalam kajian ini. Instrumen kajian dibangunkan sendiri oleh penulis untuk memenuhi objektif dan situasi kajian ini. Soal selidik terdiri dari tiga bahagian iaitu Bahagian A tentang ciri demografi pelajar, Bahagian B faktor-faktor yang menyumbang tekanan dan Bahagian C pandangan responden. Keseluruhan kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) ver 11.5 dengan membuat pengiraan peratusan dan skor min. Pearson Product-Moment Correlation Coefficient (r) dan Ujian-T tidak bersandar digunakan untuk menjawab objektif dan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan secara purata pelajar mengalami tekanan pada tahap sederhana. Tahap tekanan kategori minda adalah yang paling tinggi berbanding tekanan emosi dan fizikal. Faktor utama yang menyumbang kepada tekanan pelajar ialah terlalu banyak projek atau tugasan yang perlu disiapkan pada satu-satu masa dengan aras tekanannya 4.01. Terdapat hubungan yang sederhana di antara aspek minda dan fizikal dan hubungan yang kuat di antara aspek minda dan emosi serta aspek fizikal dengan emosi. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifkan tahap tekanan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan bagi kajian yang selanjutnya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | R Medicine > RC Internal medicine |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 16 May 2023 02:50 |
Last Modified: | 16 May 2023 02:50 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8767 |
Actions (login required)
View Item |